Aisehmen, lama gila tak update blog. Aku sampai terlupa, yg sebenarnya aku ada blog. Actually, aku ada dua blog, lagi satu lepak kat blogspot, akibat blog wordpress ini tak boleh dibuka di pejabat. Amazingly, hari ini boleh pula dibuka. Alhamdulillah. Sambil2 dengar lagu Sohaimi Meor Hassan & Anna Rafali (Kalau Berpacaran), aku cuba cari ‘mood’ menulis blog yg semakin pudar.

Baru aku sedar, sudah lebih tiga tahun maintain blog di wordpress ini… dan post aku sehingga hari ini hanya ada 197. Masih tidak mencapai sasaran 200 entri utk diraikan. Huhu! Peliknya, bila aku tengok statistic pelawat – boleh dikatakan pasti akan ada 2-3 klik ke blog bersawang ini. Siapakah orang misteri yg selalu berkunjungan itu?

Di kesempatan ini aku ingin update beberapa perkara yang langsung tidak diumumkan sejak beberapa bulan lalu. Seingat aku, last entry pasal Paul the Octopus. Sekarang pun Paul sudah kembali ke rahmatullah. Mungkin Paul sudah dapat menyasarkan jangka hayatnya semakin pendek. RIP, Paul.

Aku seboleh-bolehnya akan cuba capai target entry ke-200. Tak berapa susah sgt. Hari ini pun boleh capai target. Cuma utk mengasah kepala otak cari idea ini terpaksalah kerja keras… keras, keras!

Ohh ye, kemas! Kemas cepat! Sebelum penghujung tahun! Insya-Allah.

Wish me luck, finger crossed!

Advertisements