Aku berdiri betul2 di hadapan notice board di ofis, FKP. Oleh sebab kekangan bajet, kami kakitangan perlu selalu update diri sendiri dengan sebarang surat/notis yg dipaparkan di papan tersebut. Sekiranya tahun2 sebelum ini pelbagai surat/notis dipanjangkan terus kepada staf, tapi sekarang tidak lagi.

Sambil aku termangu-mangu di hadapan papan notis sebesar pintu masuk KLCC itu… seorang staf pentadbiran pun menegur sapa aku. Ooh, aku memang pemalu. Atau aku memang langsung tak perasan kewujudan staf tersebut di situ sebab terlalu ralit baca notis yg berdoyon-doyon itu. Dengan harapan agar ada notis2 “membahagiakan”. Lebih2 lagi sudah hampir2 penghujung tahun ini.

Staf: Dari tadi berdiri kat situ, tak penat ke?

Aku: Itulah sebabnya, sampai esok pun tak habis baca ni.

Staf: Ada apa-apa yg menarik? Boleh kongsi. Saya memang dah tak larat nak baca. Walaupun ada beberapa notis tu, saya yg tampal.

Aku: Ooh, banyak juga yg menarik. Banyak tawaran kerja kosong ni. Dalam gomen jugak. Gaji pun lumayan. Banyak dapat elaun ni. Menarik!

Staf: Haaa!?? Mana? Mana? Nak gak apply. Tarikh tutup bila?

Aku: Niii haaa. Jawatan kosong sebagai Timbalan Naib Canselor UnisZa, Kelantan. Mahu??

Staf: Hampehhhh!!

Errk.., korang kalau nak apply pun boleh. Apa salahnya. Sekarang ni kan semua orang berlumba-lumba nak keje gomen. Aku dah iklankan dlm blog ni. Selamat mencuba 🙂