You are currently browsing the monthly archive for Julai 2010.

There are always people who want to eat our octopus but he is not shy and we are here to protect him as well. He will survive. —Oliver Walenciak (Paul’s keeper)
Oh yes, Paul did it again! He has predicted that Spanish team will win it. And this morning, has proven that the Octopus was right 🙂
Aku cuba googled “Paul the Octopus” dan results adalah berjuta!
Wahh, Paul sudah jadi celebrity dalam sekelip mata. Namun hasil bacaan aku terhadap website wikipedia menyatakan kajian sains terhadap octopus bahawa spesis ini tergolong dalam kumpulan invertebrata yang bijak dan mampu mengenal bentuk dan garisan. Manusia pun mengenal bentuk dan garisan, tapi gagal buat ramalan. Doh!!?
Beberapa hari lepas aku ada membaca sebuah akhbar Melayu yang menyatakan selain Paul, beberapa individu percaya animal instinct adalah benar. Di Singapura, seorang tukang tilik menggunakan khidmat burungnya bernama Nani. Tapi ramalan Nani tak tepat. Menurut ramalan Nani, Holland akan menang. Mungkin juga Nani tidak cukup bijak!??
Aku harap Encik Oliver (penjaga Paul) akan menjaga Paul dengan sebaik-baiknya. Gunakan kepintaran Paul pada jalan yang betul.
…ramai juga yang kepingin sambal sotong, sushi sotong dan tak kurang juga snek sotong kering. Nom, nom, nommm!!

SHAH ALAM: Media bebas melaporkan pelbagai berita termasuk mengkritik pentadbiran kerajaan asalkan mempunyai asas yang benar tanpa mengandungi unsur fitnah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan berita berunsur fitnah dan tidak benar hanya akan menyumbang kepada kemusnahan pemikiran dan nilai murni di kalangan masyarakat/ m-Star

Aku bersetuju 100% dgn laporan akhbar di atas. Media memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian kita. Pada hemat peribadi aku, kebanyakan keputusan atau pilihan yg kita buat dalam kehidupan kita sehari-hari adalah berdasarkan media exposure yg telah kita terima.

Sebagai contoh, sekiranya anda ke kedai/ supermarket untuk shopping mingguan — cuba fikirkan berapa banyak pilihan yg dibuat berdasarkan pendedahan diri kepada media. Media massa bukan terhad pada akhbar dan TV sahaja. Iklan radio, tv, akhbar,  majalah dan billboard antara sebab yg mempengaruhi pemilihan satu-satu produk itu. Lebih banyak anda melihat iklan, potensi utk membeli satu-satu barangan itu lebih tinggi.

Begitu juga dgn hasil pembacaan melalui akhbar dan blog2 di Internet. Lebih banyak membaca/ mendalami satu2 topik itu — kita akan cenderung utk membentuk satu pola fikir hasil pembacaan/ pendedahan kepada sesuatu media itu. Bayangkan, betapa besarnya pengaruh media kepada masyarakat.

Media pula perlu jadi telus dan benar dalam melaporkan satu2 berita. Berbalik kepada peranan media itu sendiri sebagai medium yg mampu mendidik, menyampaikan info, menghibur dan memujuk. Peranan ini perlu digunakan sebaik-baiknya demi kepentingan pembangunan masyarakat.

Namun begitu, apa yg disogokkan kepada pengguna media pada hari ini amat berbeza. Berita2 yg tidak dapat dipastikan kebenarannya semakin berlambak di pasaran. Blog2 yg tidak berapa credible juga kian menular di Internet. Kedua-duanya menjadi tatapan masyarakat.

Yang menjadi persoalannya sekarang, mampukah masyarakat membezakan antara fakta dan fiksyen (sekiranya laporan itu dibuat sekadar pendapat peribadi penulis sahaja) ini?

Bak kata pepatah tidak rasmi yg pernah aku dengar: I’M THE NEWS, I TELL THE TRUTH.

…are you sure?

Blog Stats

  • 18,081 hits
Julai 2010
I S R K J S A
« Jun   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib