You are currently browsing the category archive for the ‘Life’s Like That’ category.

Aku berdiri betul2 di hadapan notice board di ofis, FKP. Oleh sebab kekangan bajet, kami kakitangan perlu selalu update diri sendiri dengan sebarang surat/notis yg dipaparkan di papan tersebut. Sekiranya tahun2 sebelum ini pelbagai surat/notis dipanjangkan terus kepada staf, tapi sekarang tidak lagi.

Sambil aku termangu-mangu di hadapan papan notis sebesar pintu masuk KLCC itu… seorang staf pentadbiran pun menegur sapa aku. Ooh, aku memang pemalu. Atau aku memang langsung tak perasan kewujudan staf tersebut di situ sebab terlalu ralit baca notis yg berdoyon-doyon itu. Dengan harapan agar ada notis2 “membahagiakan”. Lebih2 lagi sudah hampir2 penghujung tahun ini.

Staf: Dari tadi berdiri kat situ, tak penat ke?

Aku: Itulah sebabnya, sampai esok pun tak habis baca ni.

Staf: Ada apa-apa yg menarik? Boleh kongsi. Saya memang dah tak larat nak baca. Walaupun ada beberapa notis tu, saya yg tampal.

Aku: Ooh, banyak juga yg menarik. Banyak tawaran kerja kosong ni. Dalam gomen jugak. Gaji pun lumayan. Banyak dapat elaun ni. Menarik!

Staf: Haaa!?? Mana? Mana? Nak gak apply. Tarikh tutup bila?

Aku: Niii haaa. Jawatan kosong sebagai Timbalan Naib Canselor UnisZa, Kelantan. Mahu??

Staf: Hampehhhh!!

Errk.., korang kalau nak apply pun boleh. Apa salahnya. Sekarang ni kan semua orang berlumba-lumba nak keje gomen. Aku dah iklankan dlm blog ni. Selamat mencuba 🙂

There are always people who want to eat our octopus but he is not shy and we are here to protect him as well. He will survive. —Oliver Walenciak (Paul’s keeper)
Oh yes, Paul did it again! He has predicted that Spanish team will win it. And this morning, has proven that the Octopus was right 🙂
Aku cuba googled “Paul the Octopus” dan results adalah berjuta!
Wahh, Paul sudah jadi celebrity dalam sekelip mata. Namun hasil bacaan aku terhadap website wikipedia menyatakan kajian sains terhadap octopus bahawa spesis ini tergolong dalam kumpulan invertebrata yang bijak dan mampu mengenal bentuk dan garisan. Manusia pun mengenal bentuk dan garisan, tapi gagal buat ramalan. Doh!!?
Beberapa hari lepas aku ada membaca sebuah akhbar Melayu yang menyatakan selain Paul, beberapa individu percaya animal instinct adalah benar. Di Singapura, seorang tukang tilik menggunakan khidmat burungnya bernama Nani. Tapi ramalan Nani tak tepat. Menurut ramalan Nani, Holland akan menang. Mungkin juga Nani tidak cukup bijak!??
Aku harap Encik Oliver (penjaga Paul) akan menjaga Paul dengan sebaik-baiknya. Gunakan kepintaran Paul pada jalan yang betul.
…ramai juga yang kepingin sambal sotong, sushi sotong dan tak kurang juga snek sotong kering. Nom, nom, nommm!!

Kamu akan mati di tali gantung. Satu kecelakaan bagi keluarga kamu kerana itulah sahaja hukuman bagi sesiapa yang mengedar dadah di Malaysia/ Penjara Pudu.

…memetik kata-kata amaran yg terpapar di salah sebuah dinding kebal Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Selepas tengah malam hari ini, dinding kebal penjara tersebut akan lenyap dan akan digantikan dgn projek serba moden di sebalik hiruk-pikuk kotaraya. Penjara ini terletak di tengah-tengah Jalan Hang Tuah yg popular di radio — setiap kali laporan kesesakan jalanraya dimaklumkan.

Aku pernah menonton program Majalah 3 beberapa tahun lalu tentang Penjara Pudu. Kehebatan, kekuatan, kekebalan dan misteri di sebalik penjara batu ini.

Tahun ini menyaksikan satu lagi kisah sedih di sebalik ‘kehebatan’ penjara yg pernah mencatat rekod mural terpanjang di dunia (384-meter) dan menjadi antara ikon menarik di Kuala Lumpur.

Aku pernah beberapa kali menggunakan Jalan Hang Tuah dan menyaksikan mural yg dimaksudkan. Kata-kata yg dicatatkan di dinding penjara itu memang memberikan maksud mendalam kepada sesiapa yg lalu-lalang. Terdapat beberapa lagi lakaran lukisan yg diusahakan oleh beberapa bekas inmates di penjara tersebut. Sedih sekali, selepas ini mural2 tersebut hanya boleh disaksikan dalam gambar sahaja. Pembangunan moden dan canggih yg diutamakan.

Namun begitu, ada beberapa pihak yg menyangkal kewajaran pemusnahan penjara bersejarah tersebut. Menurut mereka, bangunan tersebut perlu dikekalkan dan ditinggalkan sebagai bukti sejarah kepada generasi akan datang.

Walaupun pelbagai aktiviti dirancang utk “memeriahkan” Penjara Pudu sejak beberapa tahun lalu, namun sambutan pengunjung yang hambar memaksa pihak pengurusan hartanah di kawasan segi tiga emas itu merobohkan bangunan ini dan menggantikannya dgn projek lain.

Kepala otak aku berkira-kira tentang projek baru tersebut. Tapak penjara itu akan digantikan dgn projek apa, agaknya? Theme park mungkin? 🙂

Berdasarkan cerita2 sebelum ini (perihal Penjara Pudu), mungkin pihak pengurusan theme park (sekiranya mereka merancang utk membangunkan taman tema di sana) tidak begitu memerlukan ‘casting’ utk aktiviti rumah hantu mereka. Dengar2nya, ada beberapa talent yg sememangnya sudah lama wujud di sana. Ke mana mereka selepas ini? Spoooky!

Bapa terbaik untuk QQ

Lelaki dalam gambar ini, merupakan kekasih terbaik untuk diri aku. Dialah bestfriend aku yg terbaik sekali. Dia juga soulmate aku yg paling istimewa. Dia memang faham dgn emosi dan perubahan ‘sekali-sekala’ dalam diri aku. Dialah ‘telinga’ yg selalu sudi mendengar keluhan hati. Dia juga penasihat terbaik tatkala aku patah hati. Dia juga pembakar semangat apabila semangatku mulai pudar. Dia juga tempat aku mengadu dan bermanja.

Lelaki dalam gambar ini juga merupakan bapa terbaik untuk QQ. Lelaki dalam gambar ini  yg sanggup menemani aku ketika aku sedang ‘berjuang’ utk melahirkan QQ lebih setahun lalu. Dialah yg akan menggomol-gomol QQ sehingga menangis setiap hari. Dia jugalah yg akan menemankan QQ di malam hari apabila QQ tiba2 mahu menonton TV. Dia juga yg akan mendodoikan QQ apabila aku sudah lena dibuai mimpi. Dia amat memahami serba-serbi.

Kepada Papa QQ, Selamat Hari Bapa. Keep your love pouring in. We need it growing, more and more.

Lots of love from me and ‘Lil QQ. XXX

Semalam aku hantar kereta untuk dicuci di Giant Kota Damansara. Selalu juga hantar ke sana, kerana sambil menunggu kereta siap — bolehlah aku shopping di Giant.

Aku memang selalu berurusan dgn dua Ah Bengs yg menjaga tempat cucian kereta itu. Tapi semalam, bukan Ah Bengs yg biasa2 aku jumpa. Semalam, seorang Ah Beng baru yg nampak mesra, tapi …?

Selalunya ketika menulis resit kereta itu, Ah Beng ini akan tanya itu ini dan cadangkan untuk kereta aku ni di-polish. Macam biasa, mereka juga akan buat tawaran hebat itu ini. Ah Beng baru ni cadangkan aku jadi member dgn bayaran RM385 selama dua tahun. Dan pelbagai faedah lain. Antaranya cucian mingguan selepas ini hanya dikenakan RM8 (normal RM10 utk Myvi).

Macam selalu-selalu, aku akan menolak pelawaan mereka ini dgn baik. Macam selalu-selalu juga, aku katakan aku tidak punya wang sebanyak itu dan aku tidak anggap cucian kereta ini sebagai “keperluan” aku. Pendek kata, aku tak lapar pun, kalau tak cuci kereta.

Namun Ah Beng baru ini semalam lain macam. Bukan macam selalu-selalu. Selepas kereta siap dicuci, ketika aku terhegeh-hegeh mengemas kembali keadaan dlm kereta aku — Ah Beng ini muncul lagi. Dia tak jemu2 mengajak aku join membership yg melampau mahal itu.

Aku tolak pelawaan itu dgn baik dan katakan lagi (statement sama) cuci kereta bukan top priority aku dan aku tidak ada wang sebanyak itu.

Entah macam mana, tiba2 dia kelihatan bengang dan sempat beri aku amaran: “Next time you datang, I terus kasi polish ini kereta hah? You sudah janji sama saya maaa, mesti buat!”

WTF?

Eh, eh.. masa bila pulak aku berjanji setia dgn dia ni?

Ni dah kira kes ugut. Aku tak rela lah jadi member dgn yuran yg mahal mcm tu. Macamlah aku ni nak kasi cuci kereta hari-hari..??

Gilalah dia ni, tak faham bahasa Melayu ke?

Ah Beng ni bekas tonto Ah Long ke, beb!??

KUALA LUMPUR: The people must understand police procedures and follow their instructions at all times to avoid any misunderstanding, said Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan/STAR

Selalunya orang ada bertindak di luar arahan. Arahan “Jangan lari!” ini akan membuatkan kebanyakan orang awam yg menerima arahan untuk lariii!! Manusia memang pelik.

Kenyataan akhbar yg dibuat oleh Ketua Polis Negara semalam supaya orang awam tidak cuba mengelakkan roadblock, arahan polis dan sebagainya adalah jelas. Beliau menerangkan bahawa orang awam perlu bertindak seperti diarahkan pihak polis bagi mengelakkan kejadian menembak orang awam daripada berlaku lagi.

Logiknya, sekiranya anda melarikan diri apabila diminta berhenti untuk pemeriksaan — ini bermakna anda mungkin telah melakukan kesalahan dan tidak mahu ditangkap. Namun begitu, pihak polis juga punya prosedur/ proses tertentu sebelum sewenang-wenangnya menangkap seterusnya melepaskan tembakan kepada orang awam.

Secara peribadinya, aku berpendapat bahawa tindakan pemuda berumur 26 tahun yg cuba membawa kesnya ke mahkamah atas dakwaan polis menembaknya di Shah Alam pada tahun lalu (akibat melarikan diri kerana cukai jalan kereta yg dipandu sudah tamat) adalah salah satu kes yg amat lemah dan kemungkinan besar pemuda ini membuang masa. Pihak polis ada pelbagai lagi kes yg perlu diberikan perhatian.

Mungkin selepas ini arahan yg diberikan perlu diterbalikkan seperti: “Lariii, kalau tidak kami tembak!” (ada pelbagai intonasi boleh dimainkan untuk arahan ini). Bagi yg mendengar arahan ini, sudah pasti mereka akan berfikir berkali2 sebelum melarikan diri.

Atau mungkin, “Mana mahu larii..!??” — hehe, cheers~

Kepada semua guru, cikgu, pengajar, mentor, coach (bukan handbag) dan pensyarah.

Bukan mudah untuk menjadi pengajar sebenarnya. Dan untuk menghasilkan satu ‘produk’ yg benar2 berkualiti juga sememangnya agak sukar sekiranya tidak mendapat kerjasama semua.

Pendapat peribadi aku ialah: guru of the year sepatutnya dianugerahkan kepada ‘kehidupan’. Ini kerana kebanyakan informal learning kita perolehi hasil menjalani kehidupan kita sehari-hari. Paling ‘hidup’ sekiranya kita belajar daripada kesilapan.

Cuma mahu berfalsafah: kesilapan sepatutnya menjadi guru terbaik kepada manusia. Sekali tersilap, selama-lamanya akan dikenang.

Apa kata anda?

Ohhh MY!

My head is  going to explode! kaa-BOOM!

I can’t check ‘their’ English anymore. I think, by the end of the day — I might need some pills to ‘ease’ this pain. Note that the pains are all come from my students news reports and other five assignment reports. Aduuh, sakit kepalo den!

… and there are 96 of them! Ohhh MY!

If I were Lindsay Lohan’s bff — maybe she will offer me a free stock of Valium! Hehe, heard that she has loads of them. And that is why her “Ex-dad” was in her apartment last week with cops  to come and check. Poor LiLo!

… anyway, I feel pity to my students’ English. They really need major English checkups! Like… NOW!!

Tiba-tiba aku terfikirkan tentang beberapa individu yg berisiko utk berkunjung ke Disneyland…

( , )

Mungkin Elvis Presley sebenar akan dihalang dari memasuki Disneyland. Ada beberapa teori konspirasi yg menyatakan bahawa encik Elvis masih hidup dan bersembunyi. Sekiranya tiba2 beliau berhajat utk melawat Disneyland suatu hari nanti, sudah tentu beliau tidak dibenarkan masuk atas dakwaan cubaan meniru gaya ‘Elvis’.

Oleh itu Elvis terpaksa mencari strategi lain utk betul2 meyakinkan pihak Disneyland bahawa beliau adalah Elvis yg sebenar dan beliau sepatutnya diberi layanan Diva.

Orang lain yg mungkin dilarang memasuki Disneyland ialah Datuk M. Daud Kilau. Penyanyi veteran ini berisiko tinggi untuk berkunjung ke Disneyland sekiranya beliau lengkap berpakaian kilau-kilauan. Dengan liuk-lentuk tubuhnya, sudah tentu pengunjung lain menyangka ada watak ikan duyung (dalam filem animasi The Little Mermaid) sedang beraksi!

Atau mungkin juga Lady GaGa..? Pakaian ala-udang-nya beberapa bulan lalu memang sepadan dgn watak Sebastian dlm cerita The Little Mermaid. Ooh, ada pelbagai kostum lagi… Mungkin mcm gaya Red Queen dlm Alice in Wonderland?

Aah,  kesian!

Makcik Natasha Narula dari Conventry, UK dihalang masuk ke taman tema Disneyland kerana berpakaian ‘cantik’ mengalahkan puteri-puteri Disney yg lain.

Menurut beberapa online news websites, Ms Narula diminta menukar pakaiannya kerana tidak mahu disalah-anggap sebagai sebahagian daripada puteri2 Disney seperti Ariel, Snow White, Cinderella, Jasmine wtf.

Akhirnya Ms Narula terpaksa memakai semula pakaian ‘manusia biasa’-nya. Pakaian ‘luar biasa’ adalah dilarang di kawasan Disneyland, kecuali sekiranya anda berumur 9 tahun ke bawah.

Aku ketawa berdekah2 apabila melihat gambar yg diletakkan di laman web The Australian. Kesian Ms Narula ni. Angan2 nak bergaya dan meraikan majlis hari lahirnya di Disneyland berkecai.

Pada awalnya dia ada menelefon Disneyland dan bertanyakan tentang dress code di sana. Jawapan yg diberikan positif pada mulanya. Alih-alih dia dihalang masuk dengan alasan pakaiannya terlalu cantik. Alahaiii!

( , )

Aku teringat satu kisah beberapa bulan yg lalu. Waktu itu Universiti ini menerima kunjungan rasmi seorang isteri- orang-besar di Malaysia. Secara tidak rasminya kami (staf wanita) diminta utk ‘dress-down’ supaya pakaian kami itu nanti tidak ‘overshadow’ pakaian beliau pula. Kelakar pun ada.

Manalah nak setanding pakaian kami dengan pakaian isteri-orang-besar itu. Secara logiknya, kebanyakan kami memakai baju kurung yg sesuai utk ke ofis. Walaupun kadang2 aku terperasan juga beberapa staf wanita yg cuba menonjolkan diri dengan pakaian ala-ala majlis Anugerah Bintang Popular. Heh!

Mungkin mereka sepatutnya membuat peraturan baru supaya semua staf wanita perlu berpakaian biasa-biasa sahaja. Atau lebih simple: semua pekerja di Universiti ini perlu berpakaian seragam. Amacam, berani?

Blog Stats

  • 18,081 hits
Julai 2017
I S R K J S A
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib