You are currently browsing the daily archive for November 24, 2010.

Manusia ni macam-macam perangai. Mereka sanggup lakukan apa saja. Menipu, memeras ugut, memukul, pecah amanah dan tak kurang juga sanggup berbunuhan sekiranya mereka desperate.

Kalau dulu masyarakat kita terdedah kepada penipuan seperti Skim Cepat Kaya, Skim Kutu, Pak Man Telor dan sebagainya. Namun sekarang mereka penipu2 ini sudah ‘tingkatkan’ tahap penguasaan penipuan mereka seperti menghantar khidmat pesanan sms dgn menyatakan nama anda terpilih utk peraduan Power Root, Shell, Petronas dll sebagai umpan untuk menipu lagi. Tak sudah-sudah!

Baru-baru ini aku ada terima satu sms paling bangang. Paling tak masuk akal. Aku rasa, penipu ini memang hantar sms ini secara ‘bulk’ ke mana2 nombor yg dia suka:

Ini ayah Tolong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128640745 Ayah lgi ada msalah kat balai Police.ta payah caal sekejap ayah call.

*Ini adalah sms asal yg dihantar penipu tersebut.

Bodoh tak?

Kenapa aku kata penipu ini bodoh lagi bangang:

1. Secara tatabahasanya, ayat penipu ini memang tunggang-langgang. Utk org seperti Ayah sebenar aku (yg memang hari2 tak pernah missed baca surat khabar), aku amat pasti… kesalahan ejaan seperti itu takkan berlaku. Lebih2 lagi ada bunyi semacam Indon. Sorry, ayah aku bukan Indon!

2. Nombor yg menghantar sms itu pula ialah +6285227681251 (bukan nombor dari Malaysia, macam nombor telefon Indon juga!)

3. Kalau emergency sangat pun, kenapa RM30? Banyak tu! Boleh tahan 90 hari, Doh!

4. Dan paling tak masuk akal, Ayah aku sebenarnya mana tahu taip SMS? Dia selalu terhantar sms kosong kepada kami adik-beradik. Kemudian, kami akan call dia dan tanya “wassup”? Dia dgn selambanya akan jawab: “tak sengaja, daaaa!”

5. Paling bodoh sgt2 ialah… sms yg sama juga turut diterima oleh Mak aku (beberapa hari sebelum aku terima sms yg sama). Mak aku gelak nak terguling2. Dia dgn selamba berkata: “Ahhh! Ayah aku sms dari kubur ke, ni!???”

*

Oleh itu, aku harap kawan2 sekalian… berhati-hatilah. Ramai manusia di luar sana yg desperate, menipu, memeras, mengugut dan sanggup lakukan apa sahaja demi duit. Jangan terus terpedaya dgn tipu helah mereka ini.

Walaupun penipu itu minta 30RM (hello…RM30 lah, ngok!), kalau ada lima orang terpedaya dan cepat2 top-up kan RM30 seorang, bukankah banyak sudah diperas penipu ini?

Be careful my friends. Be VERY careful.

Advertisements

Blog Stats

  • 18,108 hits
November 2010
I S R K J S A
« Jul    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib