You are currently browsing the category archive for the ‘Bangang’ category.

Manusia ni macam-macam perangai. Mereka sanggup lakukan apa saja. Menipu, memeras ugut, memukul, pecah amanah dan tak kurang juga sanggup berbunuhan sekiranya mereka desperate.

Kalau dulu masyarakat kita terdedah kepada penipuan seperti Skim Cepat Kaya, Skim Kutu, Pak Man Telor dan sebagainya. Namun sekarang mereka penipu2 ini sudah ‘tingkatkan’ tahap penguasaan penipuan mereka seperti menghantar khidmat pesanan sms dgn menyatakan nama anda terpilih utk peraduan Power Root, Shell, Petronas dll sebagai umpan untuk menipu lagi. Tak sudah-sudah!

Baru-baru ini aku ada terima satu sms paling bangang. Paling tak masuk akal. Aku rasa, penipu ini memang hantar sms ini secara ‘bulk’ ke mana2 nombor yg dia suka:

Ini ayah Tolong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128640745 Ayah lgi ada msalah kat balai Police.ta payah caal sekejap ayah call.

*Ini adalah sms asal yg dihantar penipu tersebut.

Bodoh tak?

Kenapa aku kata penipu ini bodoh lagi bangang:

1. Secara tatabahasanya, ayat penipu ini memang tunggang-langgang. Utk org seperti Ayah sebenar aku (yg memang hari2 tak pernah missed baca surat khabar), aku amat pasti… kesalahan ejaan seperti itu takkan berlaku. Lebih2 lagi ada bunyi semacam Indon. Sorry, ayah aku bukan Indon!

2. Nombor yg menghantar sms itu pula ialah +6285227681251 (bukan nombor dari Malaysia, macam nombor telefon Indon juga!)

3. Kalau emergency sangat pun, kenapa RM30? Banyak tu! Boleh tahan 90 hari, Doh!

4. Dan paling tak masuk akal, Ayah aku sebenarnya mana tahu taip SMS? Dia selalu terhantar sms kosong kepada kami adik-beradik. Kemudian, kami akan call dia dan tanya “wassup”? Dia dgn selambanya akan jawab: “tak sengaja, daaaa!”

5. Paling bodoh sgt2 ialah… sms yg sama juga turut diterima oleh Mak aku (beberapa hari sebelum aku terima sms yg sama). Mak aku gelak nak terguling2. Dia dgn selamba berkata: “Ahhh! Ayah aku sms dari kubur ke, ni!???”

*

Oleh itu, aku harap kawan2 sekalian… berhati-hatilah. Ramai manusia di luar sana yg desperate, menipu, memeras, mengugut dan sanggup lakukan apa sahaja demi duit. Jangan terus terpedaya dgn tipu helah mereka ini.

Walaupun penipu itu minta 30RM (hello…RM30 lah, ngok!), kalau ada lima orang terpedaya dan cepat2 top-up kan RM30 seorang, bukankah banyak sudah diperas penipu ini?

Be careful my friends. Be VERY careful.

Semalam kami sekeluarga memandu jauh ke Seremban. Secara tidak sengaja tiba2 ada sebuah kereta Proton Wira dipandu laju dgn deruman enjin yg menyakitkan telinga memotong secara berbahaya. Setelah dihampiri, kami menjengah dan agak terkejut apabila mendapati pemandu kereta tersebut ialah seorang wanita!

Ooh, seorang wanita yg bertudung…

Seperti biasa, Zam memang tidak bersetuju dgn tindakan membabi-buta pemandu terbabit. Dia pun memulakan leterannya seperti biasa. Menurut Zam, hasil pengamatannya selama ini dia mendapati ramai pemandu wanita yg memandu seperti orang hilang akal. Dia bukan bersifat seksis.

Katanya, ada dua golongan pemandu. Pertama, pemandu wanita yg memandu terlalu perlahan sehingga menyebabkan pemandu lain fed-up. Dan kedua, pemandu wanita yg memandu terlalu laju dan tidak dapat dikenal-pasti sebab pemanduan mereka seperti itu. Dia mengkategorikan wanita yg berselisih dgn kami tadi dalam kategori kedua: memandu laju secara melulu. Bertukar2 lorong tanpa memberikan signal lampu dan menyusup di celah-celah kesesakan jalanraya.

Aku bersetuju dgn pendapatnya itu. Pemanduan jarak jauh yg aku tempuhi setiap hari menyaksikan beberapa kes pemandu wanita yg memandu laju secara melulu. Lebih berbahaya lagi sekiranya mereka memotong dan tidak memberikan lampu signal ketika menukar lorong.

Beberapa minggu lepas, aku hampir-hampir berlanggar dgn sebuah kereta Proton Gen2 berwarna jingga di exit Tol Putrajaya. Kesalahannya ialah kerana memotong secara mendadak ke lorong kanan, tidak memberikan lampu signal dan langsung tidak mempedulikan jarak antara kereta di hadapan dan kereta di belakang. Pendek kata, lagak wanita tadi seperti jalanraya itu  langsung tidak digunakan pengguna jalanraya yg lain. Kini bukan sebilangan kaum lelaki sahaja yg berlagak samseng, pemandu wanita juga tiada kurangnya.

Sekiranya kita dulu selalu menganggap pemandu wanita sebagai slow & steady, tapi ternyata anggapan itu tidak benar pada hari ini. Aku memang tidak mahu membela para pemandu wanita yg reckless ini. Mereka langsung tidak prihatin terhadap keselamatan pengguna jalanraya lain. Ada antaranya yg suka menghimpit di lorong2 yg sesak, menggunakan lorong kecemasan sesuka hati dan ada juga yg memandu secara berbahaya apabila secara terang-terangan papan tanda menunjukkan had laju tertentu untuk dipatuhi.

Ohhh, paling aku tak lupa. Selasa lepas sewaktu kami menemui parking spot di Ikea — Zam cuba reverse kereta utk parking dan sebuah MPV yg dipandu Minah Salleh di belakang kami langsung tidak malu — terus sahaja mencuri parking spot kami. Aku lihat Zam seperti tidak dapat menerima kenyataan yg parking spotnya dicuri! Dia seperti mahu turun dari kereta dan meminta Minah itu berambus segera. Namun aku sempat menyabarkannya sebelum sesuatu yg tidak diingini berlaku.

… dan kemudian, Zam memulakan kembali ‘kuliah’ -nya tentang betapa pemandu wanita ini langsung reckless dan tidak prihatian/ peka dgn keadaan persekitarannya. Walaupun mungkin wanita tadi  pemandu antarabangsa! 😛

Ini cerita dari sumber Pakcik Kodon dan Ucu aku. Perihal gores dan menang.

Suatu hari, sewaktu Ucu aku sedang menunggu keretanya dibaiki di sebuah bengkel di Subang. Tiba2 muncul dua orang lelaki muda berpakaian kemas & smart. Mereka menghampiri Ucu aku dan beria-ia meminta beliau menggores kad tersebut.

Budak 1: Bang, goreslah kad ini bang. Mungkin boleh menang hadiah.

Budak 2: Manalah tahu hari ini hari baik abang. Goreslah. Tidak perlu bayar apa2 bang.

Ucu: Takpelah, aku sibuk ni.

Budak 1: Goreslah bang. Abang takkan tak mahu menang?

Budak 2: Betul! Betul! Betul! Setiap kad mesti menang. (sambil menghulurkan kad gores).

Ucu: Aku tak mahu lah. (tapi ambil juga kad, dan perlahan2 gores)

Budak 2: Wahh! Abang menang kereta Mercedez lah! Mercedez! Mercedez!!

Budak 1: Wahhh!! Abanglah pemenang utama kami. Sebelum ni takde siapa menang Mercedez lagi, bang!!

(Dua2 monyet ini melompat2 gembira. Itu SOP mereka). Tiba2 muncul Tokeh bengkel kereta (kawan Ucu).

Tokeh: Mana? Mana kereta Mercedez?

Budak 2: Ni haaa, abang ni menang Mercedez.

Tokeh: Mana?? Mana?? (Bertanya seolah2 mahu melihat sama).

Budak 1: Belum pernah siapa2 menang kereta ni lagi.

Tokeh: Mana?? Mana? Tak nampak pun? Datanglah dekat sikit!??

(Budak 2 yg memegang kad gores tadi menghampiri Tokeh dan menunjukkan kad bergambar kereta Mercedez).

Tokeh: Naahhh, ni Mercedez ko!! (Sambil melayangkan satu pelempang sulong kuat kepada Budak 2 tadi).

…. terus monyet2 itu bertempiaran lagi. Takut yg seorang lagi pun akan makan pelempang kedua pula. HAHA!!

Perihal gores dan menang ni sudah banyak kali diperkatakan di akhbar2 Malaysia. Kebanyakan mangsa kepada sindiket ini pula wanita yg berumur 30-an ke atas. Mungkin kerana golongan wanita mudah diperdaya (cair) dgn kata2 sindiket ini.

Beberapa tahun lalu Emak aku pernah terkena dgn sindiket gores & menang. Sewaktu itu gejala ini tidak berleluasa sgt. Mulanya Emak menerima panggilan telefon drpd seseorang yg menyatakan namanya terpilih dlm cabutan bertuah. Hadiah:  sebuah mesin hampagas jenama terkenal.

Pada mulanya dia tak mengendahkan sgt panggilan itu. Tetapi beberapa hari kemudian, orang yg sama menelefon dan menyatakan bahawa Emak perlu dtg ke satu alamat di Seksyen 13, Shah Alam utk ambil hadiah yg telah dimenanginya itu.

Kebetulan pada hari tersebut hari cuti. Jadi aku & Zam setuju utk menemankan Emak ke alamat yg telah diberikan. Ketika di tempat kejadian, aku rasa sedikit pelik. Di pejabat sindiket tersebut, ada pelbagai lagi alatan elektrik (peti ais, tv, kerusi urut ala-OSIM etc). Tapi aku cuba sedapkan hati. Dodgy! Sebabnya ini bukan kedai barangan elektrik.

Seorang perempuan (lingkungan umur 20-an gitu) memaklumkan tentang mesin hampagas yg telah dimenangi (dia seolah2 sibuk melihat sistem komputernya — mungkin utk meyakinkan mangsa). Kemudian officer itu mengesyorkan supaya kami membayar RM50 utk gores satu lagi kad dan bakal menang beberapa lagi barang dlm ofis tersebut.

Emak aku pula mcm sudah ‘terpesona’. Mungkin dia fikir, tambah lagi RM50 dapat 2 barang. Mudah sahaja. Aku pula mula rasa tidak sedap hati.

Setelah membayar RM50 dan kad pun hampir2 digores, tiba2 muncul seorang lagi perempuan (entah dari mana) dan cuba2 utk melihat hadiah yg kononnya Emak bakal menang. Dia ini mulut ramah dan loghat seperti orang Sabah.

Bila kad digores, kedua-dua perempuan gemuk tadi (ooh, aku lupa maklumkan yg perempuan2 itu tadi gemuk! SERIOUS! Memang gemuk) meloncat2 mcm beruk. Dan mereka buat muka happy sgt2. Oh ya, macam  strategi sindiket yg lain — Emak menang peti ais pula kali ni.

… beruk mek yeh mana tak melompat kalau menang peti ais?? Beruk gemuk berdua tu lah, beb.

Aku tengok muka Emak semacam keliru. Mungkin dia baru terasa seperti akan ditipu. Melihatkan aksi beruk2 obes itu, sudah pastinya wujud rasa suspicious. Setelah beruk2 itu menerangkan itu ini, kena tambah lagi RM500 bla, bla, bla… Emak aku terus ajak aku balik rumah. Nampak sgt mereka ini menipu.

Minah2 gemuk tu tetap tak puas hati. Mereka seboleh-bolehnya cuba memancing Emak aku utk tambah lagi duit. Tapi Emak terus berkeras utk balik dan dengan secara baik Emak aku katakan kpd mereka… siapa pula mahu bawa duit sebanyak itu dlm wallet mereka. Surrender.

Ketika kami keluar dari ofis beruk2 tadi, terserempak dengan sepasang suami isteri (Mak Haji & Pak Haji) yg sedang mencari2 ofis beruk2 tadi. Aku terdengar yg isterinya cuba mengajak si suami naik sekali kerana kononnya mereka pula telah berjaya memenangi sebuah microwave dan mungkin dia tidak mampu mengangkat microwave itu seorang diri (amboii!!).

Aku tak sempat utk menerangkan kpd mereka betapa semua ini adalah penipuan sebabnya semua orang sudah berada dalam kereta. Finger crossed. Dalam hati aku harap2 sgt supaya pasangan ini tidak menjadi mangsa seterusnya. Dan mungkin boleh beli sendiri microwave itu di Giant yg berhampiran!

( , )

Beberapa hari lepas, di hadapan farmasi Guardian di BBSB aku terserempak dgn budak2 sindiket Gores dan Menang ini. Mereka berpakaian smart (mcm kerja eksekutif), sambil bimbit beg hitam dan kepit fail apa bagai. Daripada pemerhatian aku, beruk2 sindiket ini sedang melompat2 gembira apabila seorang makcik telah ‘menang’ sebuah kereta Toyota Vios (sebab aku dengar diorang kata: “Makcik menang Vios ni! Vios!! Vios!!)

Aku tak sempat utk berbuat apa2. Terang2 di tangan mereka itu ada kad gores. Depan mata aku sendiri, dalam jarak dua meter begitu.

Entah mcm mana, tiba2 muncul Pakcik Kodon (adik mak aku) di hadapan dgn pakaian ofis juga. Sambil2 menyapa dia, aku tunjukkan beruk2 itu sedang cuba menipu dgn aksi gores & menang.

Berdasarkan sejarah/ cerita silam (nanti aku cerita kemudian) … Pakcik Kodon terus berjalan ke arah budak2 lelaki tadi dan bertanya itu ini. Serba tak kena muka budak2 tu. Dan tak lama selepas itu mereka terus beredar.

Dari jauh aku lihat Pakcik Kodon cakap sesuatu kepada makcik tadi. Makcik tu terangguk-angguk dan kelihatan seperti lega. Mungkin dia baru disedarkan yg dia nyaris2 jadi mangsa penipuan gores & menang.

( , )

Berikut adalah tips utk mengenalpasti sindiket gores & menang:

1. Sindiket itu akan berpakaian kemas & smart (with neck tie).

2. Mereka akan tunjukkan kad yg perlu digores. Dgn kata2 rayuan dan jaminan bahawa tiada bayaran akan dikenakan. (sepatutnya anda abaikan sahaja mereka ini. Buat muka serious, berikan alasan anda in hurry).

3. Kalau anda tergores kad itu, expect hadiah2nya pastilah besar. Paling bodoh pun, microwave, peti ais etc.  Ahli sindiket ini akan melompat2 kegembiraan. Jgn terkejut, itulah Standard of Procedure (SOP) gores dan menang. Mesti lompat2 gumbira!

4. Anda sudah terperangkap. Mereka akan mengajak anda utk ke “ofis” mereka dan claim hadiah.

5. Anda sudah terang2 masuk perangkap sekiranya terus mengikut mereka. Kemungkinan anda diugut sekiranya tidak ikut atau anda dikenakan cas tertentu sebab sudah menggores kad tersebut.

6. PRAY TO GOD… Only God knows what will happen to you.

Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dgn sindiket sebegini. Mereka menipu dan mampu menjadi kaya-raya dgn taktik ini. Ironi — ramai juga yg terpedaya. Kemungkinan hampagas yg kononnya anda menangi itu hanya akan menjadi hampeh dan gas-gas adi sahaja… Melabur duit dalam ASB lagi berbaloi. Cheers~

Oh crap! I am now so furious! I don’t actually know how to put this into words.

I pasted some quiz questions for students who missed their quizzes throughout semester. Thirty questions. They only have to answer 10 if they only missed once, or 20 if twice and so on.

However, some dumbass try to be “smart” and took off the papers from the wall and (maybe) photocopied it. I can see some crumples on the papers and the glue on it wear off.

I wrote at the top of the paper that they have to answer the quiz immediately and place the answer in my mailbox/ envelope on the door. But these jackass do not submit any questions yet, but have some balls to take it off and hoping to find the answers in the Internet, as what I suspected.

Listen to me, jackass. This is your QUIZ. Means, you should answer it immediately the moment you read the question. This is not your homework, stupid!

Well said.

I would not accept any answer after 5 P.M today.

I. AM. FUCKING. SERIOUS.

You read me then.

KUALA LUMPUR: Raja Azman Raja Petra, anak lelaki editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang baru-baru ini dipenjarakan kerana mencuri, dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur/ mStar

Kelakar! Mungkin makanan di penjara tidak seenak hidangan di rumah sendiri. Atau pun pemuda ini sebenarnya ada curiosity yg tinggi. Enough said, curiosity kills the cat.

Mujurlah keadaannya stabil. Kalau tidak, susah juga  warisnya pulang ke Malaysia untuk membuat ‘tuntutan’ di Hospital Sungai Buloh. Jangan2 tidak dilepaskan Jabatan Imegresen.

Apa2 pun, mungkin pemuda ini ada sebab kukuhnya sendiri terhadap tindakan nekadnya menelan pisau cukur. Mungkin dia kalut nak sembunyikan pisau cukur itu daripada pemeriksaan pegawai penjara? Wallahu’alam.

…er, pisau cukur boleh bawa masuk penjara tak?

Dua hari lepas aku tengah makan bihun goreng sambil membelek-belek akhbar arus perdana berbahasa melayu. Sedang2 enak menikmati hidangan pagi itu, tiba2 mata aku terbaca headline di muka hadapan akhbar terbabit. Kes trial Anwar Ibrahim dgn bekas pembantunya, Saiful.

WTF? Terjojol mata aku sekejap! Benarkah apa yg aku baca ni?

“Can I f*** you today?”

Begitulah lebih kurang ayat yg digunakan Anwar, menurut Saiful kpd mahkamah ketika dia dipanggil utk memberi keterangan sebagai saksi pertama kes “sondol-me” itu.

Mungkin agak sukar menterjemahkan ayat tersebut ke bahasa melayu? Mungkin juga para reporter menggaru2 kan kepala yg tidak gatal tatkala cuba menyesuaikan konteks perkataan ef (f) berbintang tiga itu!

Apa yg lebih meloyakan ialah keterangan terperinci dalam laporan akhbar terbabit. Pada hemat aku, bukan akhbar itu sahaja yg melaporkan kes ini secara terperinci, akhbar2 lain pun tidak mahu mengalah. Alahaiii!?

…aku baca apa ni? Suratkhabar atau novel porno?

Jadi bertambah keliru dengan keterangan terperinci – pakai seluar, tanggal tuala, tutup langsir, lampu malap, cahaya samar… WTF?

Come on guys, should you publish those kind of things… in the name of so-called objectivity? Shoot!!

Aku rasa newsroom hari ini semakin jelik cara copy-tasting-nya. Bertambah-tambah jelik dgn cara pemilihan news yg diketengahkan untuk muka hadapan akhbar mereka.

Pendek kata, bersedialah utk menghadap berita2 panas dari mahkamah sepanjang minggu2 mendatang ini.

Ohh, by the way… you should choose whether you want to read today’s paper first or having your breakfast. Some people do not mind to have both at the same time. And surely, some are not.

Today’s headlines – “Hari ketiga: Saiful Pakai Seluar Dihadiahkan Anwar”, “Saiful Dua Hari Tak Buang Air”, blah, blah, blah…

Agaknya inilah cara copy-tasting terkini. Menarik, bukan?

Apakhabar beb?

Aku masih tidak berpuas hati dgn beberapa golongan yg masih tidak mematuhi peraturan, atau langsung tidak mempedulikan arahan2 tertentu di tempat2 awam.

Sudah dua hari berturut2 aku ke Giant, Nilai. Apa yg aku perasankan, kaunter ekspress itu disalahgunakan oleh golongan tertentu.

Hari pertama, setelah memilih lapan jenis barang – aku ke kaunter ekspress utk membuat pembayaran. Kaunter ekspress ini cuma ada satu. Tapi org yg beratur menunggu giliran sama panjang dgn orang2 yg beratur di kaunter bukan ekspress.

Bila aku intai2, ada seorang makcik ini dgn shopping trolley nya yg sarat dgn sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, beras, susu, pampers, bla, bla, bla – obviously lebih dari 10 items, padahal di hadapan kaunter ekspress ini terang2 ditulis “Express Counter for 10 items and below only” berserta translation berbahasa Melayu “Kaunter Ekspress untuk 10 item dan ke bawah sahaja”.

Semua yang beratur di kaunter ekspress ini melihat makcik ini dengan satu macam pandangan. Nak kata buta huruf, dari style dan handbag nya tu nampak mcm org kaya2 dan terpelajar je. Nak kata tak faham Bahasa Inggeris, translation Bahasa Melayu turut disediakan. Mungkin makcik ini bodoh? atau bodoh sombong..?

Akhirnya makcik ini ditegur oleh security Giant. Mungkin sebab Akak Security yg menegur makcik ini tidak nampak mcm sophiscated, maka tegurannya itu langsung tak dihiraukan. Tapi kalau aku jadi makcik ini, sure aku malu. Pangkah takmo datang Giant lagi, sebab kebodohannya telah disaksikan oleh puluhan pelanggan Giant hari tu.

Orang tak pandang serong pada Akak Security (sebab dia menjalankan tanggungjawabnya), tapi aku jamin sekurang2nya org akan anggap makcik tadi bodoh sebab tidak sensitif pada keadaan sekelilingnya.

Hari kedua, aku ke Giant sebab teringin nak makan pitted prunes. Aku beratur di kaunter ekspress lagi, kali ini hanya dgn 3 items: pitted prunes, sunflower raisins dan sekotak tisu Kleenex. Seorang amoi di hadapan aku beratur sarat dgn barang2nya (yg obviously melebihi kuota 10 items).

Macam biasa, barisan tetap panjang. Tiba2 datang seorang adik ni (umur lingkungan 10 tahun) ke arah amoi tadi dan mengatakan bahawa amoi itu tak sepatutnya menunggu di kaunter ekspress kerana barang2nya melebihi 10 items. Dgn tersipu2 amoi tadi tolak trolleynya dan beralih ke kaunter biasa.

See, ada orang boleh terima arahan dan tak kurang juga yg gagal mematuhi arahan. Apa-apa pun, adab dan peraturan setempat perlu dipatuhi – tak kiralah walau di mana anda berada. Kalau dah kena beratur, beraturlah. Kalau anda layak ke kaunter ekspress, pergilah ke kaunter ekspress. Jangan menyusahkan orang lain. Kalau anda fikir anda sibuk dan nak segera2 – jangan shopping di Giant. Bukalah kedai runcit sendiri. Sekian.

Aku memang menyampah kalau kena beratur. Beratur di bank, kaunter bayaran, kaunter McDonalds’ etc. Bertambah meluat sekiranya org2 di hadapan aku itu terlalu cerewet, nak itu-ini, nak bersembang mengayat awek McD dan sebagainya.

Malam kelmarin, nyaris2 seorang Aishwarya Rai aku tikam. Memanglah aku terpaksa beratur dlm keadaan kelaparan, ada tujuh pelanggan lagi di hadapan aku. Si Aishwarya ni pula ingat dia ada status superstar agaknya. Oleh itu aku abadikan sumpahan berbakul2 aku di sini:

Aishwarya: I want to order this burger, that burger, McValue set for two ya?

Cashier: Having here or take away?

Aishwarya: What say you, Honey? (sambil menjeling manja kpd bf di sebelah yg dirangkul kemas).

BF yg bodo: I dunno, what abt you? You want to eat here or in the car, Darling? (mcm cuba gesel2 pipi dgn awek bangangnya tadi).

Aishwarya: Up to you, me? Anywhere! Hik, hik, hik… (masa ni aku rasa mcm nak keluarkan pedang hikmat aku dan pancung kepala dua makhluk huduh ini).

Cashier terpinga-pinga. Makcik belakang aku dah mendengus keras (mungkin dia pun ada perasaan yg sama seperti aku). Mujurlah Cashier itu bertindak cergas mencapai pesanan Aishwarya tadi.

Aishwarya: Ooohh, I want my burger hot. This one is cold. (sambil menekap2 tapak tangannya pada Filet-o-fish yg dipesan).

BF yg bodo: Why baby? You like it hot, huh? I like it hot too (aku mula perasan, diorang ni mesti double-meaning).

Aishwarya: I want a hot one. Otherwise I’ll cancel my order. (bunyi mcm merajuk – poyo!)

Cashier: OK ‘mam. I’ll change to a new one.

Aku dlm hati: Cil**** punya orang. Tak sedar dulu tok nenek dia hidup merempat naik kereta lembu je. Dah lama melengah2kan masa org lain. Dia ingat org lain takde keje nak tengok drama swasta dia agaknya? bla, bla, bla, bla…

***

Aaarghhh, akhirnya aku temui ‘escapism’ dalam blog ini. That makes me happy. Cheers.

Apakhabar beb?

Semlm semua org terkejut dgn harga baru petrol di pasaran.  So far, tiada siapa pun yg aku jumpa sejak semalam dan hari ini yang setuju dgn kenaikan harga petrol itu. Mungkin ahli kabinet je, kot?

Sambil2 melihat kesesakan dan ‘kemeriahan’ stesen2 minyak di sekitar Nilai, Puchong, Kota Damansara malam semalam, aku bersembang dgn Zam:

Zam: Aahh, stress betul beb. Minyak naik harga lagi. Ingatkan naik 20 sen je. Sekali naik mencanak-canak! Gila b*** betul! Lepas ni apa lagi?

Aku: Memanglah stress. Tunggu lagi seminggu dua, jamin bertambah stress. Tengoklah, malam ni stesen minyak mana yg tak kena serbu? Ni short-term psychological effect ni. Sebagai consolation agaknya!??

(ketika itu kami melalui sebuah stesen minyak di Salak Tinggi, penuh, full, padat – macam bersesak2 nak dpt minyak free!??)

Aku: Ruginya tak bawak kamera. Boleh capture detik2 genting ni. Sana-sini jammed.

***

(ketika itu juga, di salah sebuah stesen radio hangat – seorang pendengar budak perempuan bawah umur (PBU), agaknya bersekolah menengah teknik menelefon sambil berbual dgn dj lelaki):

PBU: Abang DJ, kita hairanlah kenapa jammed sana sini ni? Mcm ada pesta pulak. Kita dlm perjalanan nak dinner dgn family. Ada apa2 ke?

DJ: Oh, memang sekarang seluruh Malaysia sesak, dik (sambil ketawa, mungkin terfikir betapa bodoh & sengal nya budak PBU ini)

PBU: Tapi best jugak, ye? Rasa mcm nak sambut raya je. Sampai jammed jalan ni, hik… hik… hik…!! (ketawa mcm suka) Hikk, hikk, hikk, hik.. lagi.

DJ: Oklah dik, apa ucapan adik utk malam ni…, bla, bla, bla (aku tak mo tau, bukan urusan aku)

***

Zam: Ahhh, tensionnya aku dgr radio ni. Boleh budak tu gelak2? Ko tak kerja lagi, bolehlah. Hari2 mak bapak ko bagi duit, pegi sekolah ada driver hantar. Hujung minggu mak bapak ko bawak jenjalan, ko tak tanggung semua kos tu! (nada bengang, hangit!)

Aku: Iiish, relaxlah. Memang sangap budak tu. Bapak dia ada stesen minyak sendiri, kot?

Zam: Tu lah, mcm bagus. Budak sekolah, mana tau.

Aku: Apa je yg tak naik sekarang?? Cuba cakap?

Tiba-tiba IKLAN RADIO hangat:

Pengiklan: bla, bla, bla….. Siapa kata semua barang naik? Kamus elektronik BESTA Dr. Fazley dimurahkan harganya, dari bla, bla, bla, bla… cuma RM bla, bla, bla, je sekarang…!! Dapatkan segera!

Aku & Zam: APAKAH??

Blog Stats

  • 18,410 hits
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib