Semalam kami sekeluarga memandu jauh ke Seremban. Secara tidak sengaja tiba2 ada sebuah kereta Proton Wira dipandu laju dgn deruman enjin yg menyakitkan telinga memotong secara berbahaya. Setelah dihampiri, kami menjengah dan agak terkejut apabila mendapati pemandu kereta tersebut ialah seorang wanita!

Ooh, seorang wanita yg bertudung…

Seperti biasa, Zam memang tidak bersetuju dgn tindakan membabi-buta pemandu terbabit. Dia pun memulakan leterannya seperti biasa. Menurut Zam, hasil pengamatannya selama ini dia mendapati ramai pemandu wanita yg memandu seperti orang hilang akal. Dia bukan bersifat seksis.

Katanya, ada dua golongan pemandu. Pertama, pemandu wanita yg memandu terlalu perlahan sehingga menyebabkan pemandu lain fed-up. Dan kedua, pemandu wanita yg memandu terlalu laju dan tidak dapat dikenal-pasti sebab pemanduan mereka seperti itu. Dia mengkategorikan wanita yg berselisih dgn kami tadi dalam kategori kedua: memandu laju secara melulu. Bertukar2 lorong tanpa memberikan signal lampu dan menyusup di celah-celah kesesakan jalanraya.

Aku bersetuju dgn pendapatnya itu. Pemanduan jarak jauh yg aku tempuhi setiap hari menyaksikan beberapa kes pemandu wanita yg memandu laju secara melulu. Lebih berbahaya lagi sekiranya mereka memotong dan tidak memberikan lampu signal ketika menukar lorong.

Beberapa minggu lepas, aku hampir-hampir berlanggar dgn sebuah kereta Proton Gen2 berwarna jingga di exit Tol Putrajaya. Kesalahannya ialah kerana memotong secara mendadak ke lorong kanan, tidak memberikan lampu signal dan langsung tidak mempedulikan jarak antara kereta di hadapan dan kereta di belakang. Pendek kata, lagak wanita tadi seperti jalanraya itu  langsung tidak digunakan pengguna jalanraya yg lain. Kini bukan sebilangan kaum lelaki sahaja yg berlagak samseng, pemandu wanita juga tiada kurangnya.

Sekiranya kita dulu selalu menganggap pemandu wanita sebagai slow & steady, tapi ternyata anggapan itu tidak benar pada hari ini. Aku memang tidak mahu membela para pemandu wanita yg reckless ini. Mereka langsung tidak prihatin terhadap keselamatan pengguna jalanraya lain. Ada antaranya yg suka menghimpit di lorong2 yg sesak, menggunakan lorong kecemasan sesuka hati dan ada juga yg memandu secara berbahaya apabila secara terang-terangan papan tanda menunjukkan had laju tertentu untuk dipatuhi.

Ohhh, paling aku tak lupa. Selasa lepas sewaktu kami menemui parking spot di Ikea — Zam cuba reverse kereta utk parking dan sebuah MPV yg dipandu Minah Salleh di belakang kami langsung tidak malu — terus sahaja mencuri parking spot kami. Aku lihat Zam seperti tidak dapat menerima kenyataan yg parking spotnya dicuri! Dia seperti mahu turun dari kereta dan meminta Minah itu berambus segera. Namun aku sempat menyabarkannya sebelum sesuatu yg tidak diingini berlaku.

… dan kemudian, Zam memulakan kembali ‘kuliah’ -nya tentang betapa pemandu wanita ini langsung reckless dan tidak prihatian/ peka dgn keadaan persekitarannya. Walaupun mungkin wanita tadi  pemandu antarabangsa! 😛

Advertisements