Aku sudah penat and jelak utk buat editing buat masa ini. Bulan lepas aku sibuk buat editing utk majalah Cetus, edisi ke-3. Bukan itu sahaja, aku juga buat editing utk suratkhabar USIM Today sampai juling-juling biji mata.

Beberapa minggu lepas, aku buat editing utk beberapa dokumen MQA macam nak terkincit-kincit. Pendek kata, semua orang memang tak sempat nak pi ke toilet kalau rasa nak terkucil akibat banyak sangat kerja. Honestly, aku tahan2 kencing sehingga mengakibatkan perut aku senak. Mana taknya, students datang berdoyon-doyon minta tengokkan berita yang mereka tulis – walhal mereka ada pensyarah yg khas utk buat kerja2 sebegitu.

Dah berpuluh-puluh kali aku maklumkan kepada students ini yg kerja2 edit berita bukan urusan aku. Dalam kelas aku mengajar cara membuat suratkhabar. Bab2 cara menulis ini, bukan lagi tanggungjawab aku. Namun begitu, aku cuba jadi profesional. Kadang2 aku layan gak budak2 ni atas dasar kasihan. Lepas aku sakit senak2 perut akibat tahan kencing… hati aku menggerutu marah. Aku ni pi sibuk buat kerja orang, apa hal?

Bila hati tak ikhlas, mulalah kita marahkan sana sini. Ooh ya, aku ini mungkin sudah dikategorikan sebagai pensyarah yg suka marah-marah?

Macam mana nak ikhlas, cuba cerita? Aku sibuk buat kerja orang lain sampai kerja sendiri aku tak siap. Orang lain dok sibuk tulis paper utk seminar itu ini… aku lak sibuk edit berita budak2. Langsung tak memajukan diri sendiri. Yg pensyarah seorang itu boleh pula berangan nak bentang 2-3 paper utk seminar hujung tahun ini. Apakah??

Memang tak adil.

Untuk jadi profesional, aku selalu sabarkan hati sendiri. Walaupun aku selalu cuba utk tidak terlalu berkira… by the end of the year, penilaian prestasi sudahnya akan menilai berapa banyak bentang paper, pergi seminar, bla, bla, bla. Bukannya ada soalan tentang berapa ramai students datang cari ko di pejabat utk minta bantuan itu ini. Memang statement aku ini tak ikhlas.

Sekarang aku diminta menyambung semula projek terbengkalai. Edit buku pula. Aku sudah mula buat editing buku ini beberapa bulan lepas. Akibat artikel2 yg aku terima semuanya hampeh, maka aku jadi malas. Mana taknya, kesalahan ejaan dan tatabahasa bersepah sana sini. Eja “islam” pun salah!?? Itu belum lagi ejaan “stesyen”, “dimana”, “dikalangan” dan sebagainya! Ayat tanya jangan cakaplah. Bersepah2 ayat tanya dia. Dan macam biasa, pertanyaan itu dibiarkan tanpa jawapan. Apa ni!?? Ko belajar mana dulu?

Masya-Allah, buat editing bukan sahaja sakit kepala. Mungkin juga akan dapat penyakit berangkai. Sakit jantung, sakit hati dan sakit jiwa!

Kalau students yg buat kesalahan sebegitu, aku boleh maaf lagi. Aku boleh sabarkan hati sambil berkata: “mereka ni budak baru belajar. Sebab itulah mereka ke sini.”

Tapi kalau pensyarah yg sudah lepasan universiti, kononnya ada Masters… buat kesalahan bodoh macam itu, apakah? Pensyarah yg mengajar komunikasi pulak tu!? Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Sekarang berbalik kita kepada persoalan seperti tajuk entri ini. Adakah anda cukup profesional?