You are currently browsing the category archive for the ‘H@rd!’ category.

Aku sudah penat and jelak utk buat editing buat masa ini. Bulan lepas aku sibuk buat editing utk majalah Cetus, edisi ke-3. Bukan itu sahaja, aku juga buat editing utk suratkhabar USIM Today sampai juling-juling biji mata.

Beberapa minggu lepas, aku buat editing utk beberapa dokumen MQA macam nak terkincit-kincit. Pendek kata, semua orang memang tak sempat nak pi ke toilet kalau rasa nak terkucil akibat banyak sangat kerja. Honestly, aku tahan2 kencing sehingga mengakibatkan perut aku senak. Mana taknya, students datang berdoyon-doyon minta tengokkan berita yang mereka tulis – walhal mereka ada pensyarah yg khas utk buat kerja2 sebegitu.

Dah berpuluh-puluh kali aku maklumkan kepada students ini yg kerja2 edit berita bukan urusan aku. Dalam kelas aku mengajar cara membuat suratkhabar. Bab2 cara menulis ini, bukan lagi tanggungjawab aku. Namun begitu, aku cuba jadi profesional. Kadang2 aku layan gak budak2 ni atas dasar kasihan. Lepas aku sakit senak2 perut akibat tahan kencing… hati aku menggerutu marah. Aku ni pi sibuk buat kerja orang, apa hal?

Bila hati tak ikhlas, mulalah kita marahkan sana sini. Ooh ya, aku ini mungkin sudah dikategorikan sebagai pensyarah yg suka marah-marah?

Macam mana nak ikhlas, cuba cerita? Aku sibuk buat kerja orang lain sampai kerja sendiri aku tak siap. Orang lain dok sibuk tulis paper utk seminar itu ini… aku lak sibuk edit berita budak2. Langsung tak memajukan diri sendiri. Yg pensyarah seorang itu boleh pula berangan nak bentang 2-3 paper utk seminar hujung tahun ini. Apakah??

Memang tak adil.

Untuk jadi profesional, aku selalu sabarkan hati sendiri. Walaupun aku selalu cuba utk tidak terlalu berkira… by the end of the year, penilaian prestasi sudahnya akan menilai berapa banyak bentang paper, pergi seminar, bla, bla, bla. Bukannya ada soalan tentang berapa ramai students datang cari ko di pejabat utk minta bantuan itu ini. Memang statement aku ini tak ikhlas.

Sekarang aku diminta menyambung semula projek terbengkalai. Edit buku pula. Aku sudah mula buat editing buku ini beberapa bulan lepas. Akibat artikel2 yg aku terima semuanya hampeh, maka aku jadi malas. Mana taknya, kesalahan ejaan dan tatabahasa bersepah sana sini. Eja “islam” pun salah!?? Itu belum lagi ejaan “stesyen”, “dimana”, “dikalangan” dan sebagainya! Ayat tanya jangan cakaplah. Bersepah2 ayat tanya dia. Dan macam biasa, pertanyaan itu dibiarkan tanpa jawapan. Apa ni!?? Ko belajar mana dulu?

Masya-Allah, buat editing bukan sahaja sakit kepala. Mungkin juga akan dapat penyakit berangkai. Sakit jantung, sakit hati dan sakit jiwa!

Kalau students yg buat kesalahan sebegitu, aku boleh maaf lagi. Aku boleh sabarkan hati sambil berkata: “mereka ni budak baru belajar. Sebab itulah mereka ke sini.”

Tapi kalau pensyarah yg sudah lepasan universiti, kononnya ada Masters… buat kesalahan bodoh macam itu, apakah? Pensyarah yg mengajar komunikasi pulak tu!? Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Sekarang berbalik kita kepada persoalan seperti tajuk entri ini. Adakah anda cukup profesional?

Kejadian ini berlaku lebih tiga tahun dahulu, sewaktu aku pulang ke Malaysia untuk cuti summer dan Emak mengajak aku ke Maybank di BBSB. Menurut Emak, seorang pakcik aku ini mahu meminjam wang sejumlah RM20,000.00 untuk tujuan perniagaan lembunya. Dan berjanji akan memulangkan semula wang tersebut dalam masa 3 hari kerana cek yg diterimanya belum dapat ditunaikan dan ada keperluan mendesak untuk menggunakan duit sebanyak itu.

Emak yg sememangnya bersimpati dgn nasib adiknya itu tanpa berfikir panjang dan yakin bahawa adiknya itu akan memulangkan wang sejumlah RM20,000.00 dalam masa terdekat terus mengeluarkan wang simpanan KWSP miliknya (baru bersara dan boleh mengeluarkan duitnya daripada akaun KWSP) untuk dipinjamkan. Kerana sudah dijanjikan bahawa wang itu akan dipulangkan semula dlm masa terdekat.

(,)

Hari ini dan tahun 2010 ini sudah hampir lebih TIGA tahun pakcik yg kononnya mahu memulangkan semula wang simpanan KWSP Emak berjumlah RM20,000.00 terus membisu.

Dua hari lalu Emak menelefon adiknya dan meminta untuk duit yg dipinjamkan itu dibayar. Jawapan yg diterima memang hampeh.

Emak: Engkau bila mahu bayar duit aku, Ali?

Zamli: Aku tengah berusaha utk bayarlah sekarang ni.

Emak: Apa je yg telah ko usaha? Setiap kali aku kol ko, ko padamkan telefon. Atau pun, ko jawab tapi tidak bersuara. Apa ko ingat aku ni bodoh ke?

Zamli: Aku tengah usaha untuk bayarlah ni.

Emak: Dah lebih tiga tahun ko beri alasan yg sama. Apa usaha ko? Langsung tak usaha utk ansur-ansur bayar. Sebab itulah perniagaan ko tak pernah maju. Tak berkat, ko gunakan duit orang yg ko hutang utk meniaga.

Zamli: (tiba2 bengang) Oh masa bisnes aku maju, semua orang suka. Kalau bisnes aku dah nak lingkup — semua orang mengata aku!

Emak: Macam mana nak maju? Engkau bukan berhutang dgn aku seorang sahaja. Engkau janji macam mana? Dari tiga hari… sampai laaa ni dah lebih tiga tahun. Mana duit aku? Ko tahu tak yg itu duit KWSP aku?? Mana otak ko Ali? Aku ni dah pencen. Aku perlukan duit. Ko lainlah masih bekerja. Setiap bulan ko dapat duit masuk.

Zamli: Aku tengah usahalah ni (jawapan tengah marah2).

Emak: Aku pelik. Sepatutnya aku yg marah ko. Bukan ko yg marahkan aku. Sebabnya yg berhutang itu ko!

Zamli:  (bengang dan terus letakkan telefon).

(,)

Tengoklah. Sekarang siapa yg kurang ajar? Masa merayu untuk pinjam duit tiga tahun lepas — mulut ko manis mcm gula. Boleh dapat diates orang yg mendengarnya.

Sekarang, apa cerita? Orang telefon untuk minta bayar hutang, boleh sahaja ko berikan jawapan berulang2 akan bayar dlm masa terdekat. Atau pun ko jawab dgn jawapan paling bodoh dlm dunia: ko masih berusaha untuk bayar?

Ironinya — ko sudah ke Tanah Suci Mekah untuk kerjakan Haji (tahun 2009).

Ko juga sudah jualkan sebidang tanah yg bernilai lebih RM40,000.00.

Ko juga ada buat pelbagai perniagaan cili dan semaian bunga..

WTF, man?? What are you thinking?

(,)

Benarlah kata Emak. Bisnes ko takkan maju. Ko gunakan duit yg langsung orang tak redha. Sampai bila2 pun ko meniaga, takkan maju. Bukan maju… langsung tak berkat!

Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Bila masa/ tahun engkau mampu melunaskan hutang ko itu.

Heyyy, ko tak malu ke?

Inikah cara busuk ko untuk mengelakkan diri dari membayar hutang?

Lenakah ko tidur malam-malam?

Sudah puaskah hati ko menganiaya orang?

Ooh very well. Aku baru tahu. Selepas terbaca majalah Cleo keluaran Mei sebentar tadi.

Happy Earth Day, to everyone who knows how to appreciate our Mother Nature.

( , )

Setiap kali lalu di Putrajaya, aku akan menoleh ke arah satu kawasan bukit yg sudah ditarah-tarah utk dikomersilkan. Bukit itu dulu penuh dgn pokok2 hijau.

Setiap kali lalu di Dengkil, aku akan menoleh di tepi jambatan di hadapan tasik hijau itu satu kawasan yg sedang dikorek-korek utk perlombongan. Dahulu tasik hijau ini kecil sahaja. Lama kelamaan, tasik ini semakin luas. Mungkin akan luas seperti Putrajaya.

Setiap kali berhenti di simpang empat Bandar Baru Salak Tinggi, hati aku akan menyumpah tangan2 yg tak pernah ‘malu’ membuang sampah sepanjang laluan ke KLIA. Bukan sikit2 sampah… BANYAK!

( , )

Ooh, Mother Nature. You are getting older year by year…

I would suggest you to cut those hands’ of  motherfu**ers!

*This entry is dedicated to our Mother Nature. Happy Earth Day!

Betul, dan mungkin takkan kaya sampai bila2.

Lebih kurang dua minggu lepas akhbar Harian Metro ada buat feature tentang seorang blogger yg pernah terlibat dalam projek Alpha. Khabar2 nya blogger tersebut mampu meraih ribuan ringgit hanya dgn penulisan blog semata-mata. Terjojol bijik mata aku melihat simbol2 Ringgit Malaysia di awangan!

Bayangkan, penulis blog itu mampu mendapat pelbagai tajaan produk, melancong ke pelbagai tempat di luar negara dan beberapa jemputan ekslusif hanya dgn menulis blog.

(Aku tidak pernah terlibat sebarang promosi utk bloggers sebab tidak pernah register dgn nuffnang).

Antara tips utk jadi blogger masyuk ini ialah dgn meninggalkan komen dalam beberapa blog popular. Then tinggalkan komen lagi dalam blog2 lain (blog yg selalu dpt hits masyuk) dan seterusnya tetap meninggalkan komen dlm blog2 yg lain — in order to make your blog get the most hits. Tips ini tidak pernah aku fikirkan.

Oh well, I don’t really care about it.

Tapi aku selalu je fikirkan cara utk naikkan hits blog sendiri. Rasa happy bila ada yg singgah dan meninggalkan komen2 mereka.

Namun begitu, sehingga ke saat ini aku tidak sampai hati untuk mempraktikkan beberapa perkara yg akan aku tonjolkan pada paragraph seterusnya semata-mata untuk menaikkan hits blog ini  🙂

Antara hasil analisis aku adalah seperti item di bawah. Tidak pasti sama ada cara ini berkesan atau tidak. Tetapi aku amat pasti, sekiranya anda praktikkan perkara2 di bawah ini, maka sudah tentu blog anda akan mendapat ‘lawatan’ besar-besaran:

1. Tajuk entry/ post anda perlu berunsur lucah/ dirr…ty/ tidak masuk akal/ syirik — maka akan ramai yg click pada blog anda.

2. Gambar2 yg dimasukkan ke dalam blog anda perlulah kontroversi/ lucah/ tak senonoh/ hilang akal/ tahyul/ ada unsur2 hantu raya etc.

3. Entry yg mengutuk selalunya dpt perhatian. Ada yg mencuba utk dptkan hits melampau dgn membuat penulisan yg melampau-lampau juga.

4. …beberapa perkara lain yg tidak sampai hati aku sampaikan di sini.

( , )

Tidak hairanlah mengapa kebanyakan blog2 dari Malaysia yg mendapat hits melampau ini adalah hasil tindakan tidak bertanggungjawab beberapa pemilik blog.

Aku pernah melawat satu blog yg fokusnya hanya pada seks. Serba-serbi seks dibutirkan tanpa rasa bersalah oleh pemilik blog, seolah-olah beliau ini ‘pakar’ dalam perkara tersebut.

Apa yg mengejutkan, blog itu langsung tidak pernah memaparkan apa2 gambar. Hanya ada teks. Penulis blog itu mampu menulis dengan “baik” sekali tentang topik yg dipaparkannya. In short, very descriptive and imaginative.

Malangnya blog terbabit tidak mendaftar dengan nuffnang. Aku pasti, sekiranya pemilik blog itu ada mendaftar,  sudah pasti dia lebih ‘kaya’ daripada blogger yg ditampilkan oleh akhbar Harian Metro tersebut.

Ooh, silap-silap haribulan… Harian Metro pula yg akan ‘mendaftar’ sebagai follower pada blog terbabit. Hehe!

Kalau berani, bolehlah praktikkan tips di atas tadi. Aku? Eeeeiii, tak berani! Aku takut lagi pada MCMC!

IPOH: The tiger which attacked an orang asli in Sungkai last week did so in retaliation as it had been wounded in a trap laid out by his friends./STAR

Sudah dijangka! Takkan tiba2 harimau tu akan menyerang kalau dia tidak berasakan dirinya terancam? Sekali lagi, inilah akibat kebodohan dan kejahilan manusia.

Menurut Pengarah Perhilitan yg ditemubual, mangsa serangan harimau itu,  Yok Meneh, 47, akhirnya mengaku bahawa dia dan beberapa org kawannya yg lain memang memasang jerat dari pokok bemban semata-mata utk menangkap harimau itu.

Tapi sebelum pengakuan dibuat, Yok Meneh cuba menipu dgn mendakwa bahawa dia diserang ketika sedang mencari petai dalam hutan. Apabila disiasat, di tempat serangan itu berlaku langsung tiada pokok petai – sebaliknya satu jerat telah dipasang.

Nasiblah ko masih hidup lagi Meneh, walaupun kecederaan ko itu belum tentu akan pulih dalam masa terdekat. Patut sgt ko berterima kasih sebab harimau tu tak kuasa nak bunuh ko jam itu juga.

Apa barang? Ko lawan dgn harimau yg cedera parah? Kata gentleman – cubalah lawan one-to-one. Berani ke?

Selain itu, hasil siasatan Perhilitan mendapati sebelum ini kumpulan orang asli tersebut pernah membunuh seekor harimau, panther dan beberapa lagi haiwan liar terancam yg lain.

Insaflah Meneh & the gang. Hari ni hari harimau tu. Siapa tahu, esok lusa hari ko pulak? Malang tak berbau, beb!

7/2 The tiger, which attacked an orang asli at Bukit Tapah Forest Reserve, Perak on Saturday, found dead with gunshot wounds and 1 paw chopped off/STAR

Hiba hati aku tatkala membaca pesanan sms The Star semalam.

Sebaik-baik sahaja aku tiba di perkarangan rumah, tidak sepatutnya sms sebegini yg aku terima. Sebenarnya aku baru sahaja pulang dari Zoo Negara (mengikut program khidmat bakti pelajar Komunikasi). Sepanjang berada di sana semalam, penerangan mendalam tentang harimau telah membuatkan hati aku tersentuh dengan fakta betapa haiwan liar tersebut semakin pupus. Dianggarkan, hanya 300 ekor Malayan tiger sahaja yg masih hidup, sekiranya dibandingkan dengan jumlah 20 tahun dahulu… melebihi 1000 ekor!

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku mula terfikir tentang soal kepupusan ini. Antara penyebabnya ialah aktiviti pembalakan haram, penebangan hutan utk tujuan komersil dan sebab lain paling tidak masuk akal: haiwan ini diburu kerana dipercayai daging haiwan ini mampu membuatkan seseorang penggemar makanan eksotik itu ‘kuat’ dan ‘garang’ di ranjang. WTF?

…hanya kerana mahu ‘kuat’ dan ‘gagah’ di ranjang, maka hampir ribuan harimau perlu dilupuskan? Nak buktikan pada siapa? Siapa peduli kalau anda ‘kuat’ dan ‘garang’ di ranjang, tapi penakut di alam realitinya? Mungkin juga anda perlu buat ‘pengumuman’  atau press conference sebagai membuktikan anda sebenarnya hebat di katil?

Mungkin bahasa yg aku gunakan ini sedikit emosi. Malangnya, aku tak mampu mencari sebab paling kukuh atau dalam perkara ini: sebab paling hebat/ signifikan utk menyokong tindakan sesetengah pihak yg menyatakan daging harimau/ organ harimau mampu menjadikan anda hebat!? Lebih2 lagi sekiranya tiada kajian saintifik yang menyokong kuat pernyataan ini.

Aku tidak terkejut dengan pelbagai andaian dan kepercayaan bodoh beberapa pihak tentang beberapa perkara yang mereka percaya boleh memberikan ‘keuntungan’ kepada mereka. Antaranya, puja perut mak janda utk mendapat nombor ekor, makan otak monyet utk jadi bijak (sebaliknya menjadi bodoh dan lesu selepas itu), simpan duit dalam keranda untuk menggandakan lagi duit tersebut, korek kubur perempuan mengandung anak sulung utk minyak dagu yang mampu ‘menundukkan’ wanita, blah, blah, blah…

Hoiii, takde keje lain ke?

Kebenarannya, segolongan manusia sebenarnya sangat keliru dalam membuat pertimbangan. Akal yang dangkal sememangnya menjadi sebab kepada banyak tindakan bodoh yang akhirnya sudah terlewat utk disesalkan.

* Post ini aku dedikasikan khas sebagai sokongan sempena Hari Harimau yang dilancarkan oleh pihak Zoo Negara baru-baru ini.

Ooh, tajuk aku macam best. Boleh jadi headline newspaper arus perdana. Thumbs up!

Tapi tetap tak boleh lawan akhbar perdana di Malaysia. Lebih2 lagi akhbar bahasa melayu.

… kadang2, aku malu jadi orang Melayu. Malu dengan berita2 yg dihidangkan kpd pembaca Melayu dan rata2 berita yg dilaporkan itu pun menjurus kepada orang Melayu.

Pada aku, “no news is a good news”. Sebabnya berita2 yg dipaparkan semuanya gross-gross belaka. Ehh, bahasa apa yg aku gunakan ni? Langsung tak melambangkan Melayu. Maaf! (org Melayu memang suka minta maaf, itulah Melayu.. hatinya lembut, you!)

Sebenarnya sejak kebelakangan ini aku mula terfikir… Berapa lama masyarakat Melayu akan bertahan sekiranya inilah berita2 yg dihidangkan sepanjang hari?

Teori peribadi aku, berita sesuatu masyarakat itu boleh memberi sedikit impression tentang masyarakat itu kepada orang lain.

Kalau hari2 tonjolkan kes rogol, ”bapak makan anak”, mat rempit langgar polis, puja2 perut mak janda, buang bayi depan masjid, anak setan dan bapak setan,  sondol-me dan sebagainya… nampak moden agaknya sesuatu masyarakat itu? Atau sudah kembali ke zaman jahiliah seperti dulu?

Wallahu’alam…

Apakhabar beb?

Memanglah sepatutnya waktu2 sebegini (hujung tahun) diisytihar sebagai bulan2 paling sibuk di dunia. Sebabnya tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi, masih banyak perkara dan hal2 kerja yg belum diselesaikan. Dalam minggu ini dan minggu depan, ada beberapa perkara besar perlukan perhatian & penyelesaian. Semak skrip jawapan students dan masukkan markah dlm sistem Al-aliyah.

Selalunya juga hujung2 tahun begini keadaan akan bertambah stress apabila Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yg dibuat awal2 tahun dahulu belum tersasar. Huhu!!

Kepada diri sendiri dan kawan2 lain yg mungkin mengejar KPI dan SKT – selamat berjuang diucapkan. Chaiyok!!

Apakhabar beb?

Tergelak besar sebentar tatkala terbaca berita mengenai bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim. Menurut berita di Utusan Malaysia pagi ini, Roslin membuat tuntutan terhadap cincin risik, kos pengangkutan dan kerja kahwin yang berlangsung. Selain itu beberapa tuntutan lain juga ditulis secara terperinci. Pendek kata, segenap inci majlis perkahwinan yg gagal itu diminta ganti rugi.

Dalam diam aku berasa sgt simpati pada bekas isteri Roslin. Semua tuntutan hilang akal Roslin itu sudah tentu mampu membuatkan para pembaca tergelak besar, paling tidak tersenyum sinis.

Antara tuntutan-tuntutan Roslin ialah: cincin merisik (RM1,900), kos pengangkutan (RM200), barangan pertunangan (RM2,915), mas kahwin (RM15,080), bayaran juru nikah (RM150), upah makeup dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11,465), baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750), khidmat video (RM2000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300),  belanja kenduri di Kelantan (RM10,000), serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Pheww, banyak tu! Habis semua dia nak claimed. Seingat aku, kenapalah ingin dipanjang-panjangkan cerita? Barang lepas jgn dikenang, beb. Majlis dah berlaku, ijab dan kabul dah pun dilafazkan, termasuklah talak sudah pun dijatuhkan. Takkan sampai upah juru nikah pun masuk dlm claim? Yang kahwinnya siapa? Adakah ketika itu pengantin perempuan sahaja yg bersanding seorang? Kenapa lafazkan ijab kabul kalau tak berkeyakinan?

Aku fikir semua jurunikah akan jalankan satu prosedur rasmi sebelum mereka menjalankan majlis nikah. Berdasarkan pengalaman aku, kadi akan bertanya pengantin lelaki sama ada dia rela dgn perkahwinan yg akan dilangsungkan. Kadi juga akan bertanya pada pengantin perempuan sama ada dia juga rela diperisterikan. Kemudian kadi akan baca skrip ringkas (mungkin telah ditetapkan JAIS) tentang perincian tanggungjawab dan peranan suami isteri dalam sesebuah rumahtangga yg dibina. That’s it.

… adakah kedua-dua pengantin ini mendengar apa yg dikatakan kepada mereka? Atau pun, mungkin salah satu pihak sibuk merangka-rangka selama mana perkahwinan yg bakal didirikan itu mampu bertahan?

Apa-apa pun, niat mesti ikhlas. Aku tanpa segan-silu ingin mengingatkan semua pembaca, perkahwinan bukan perkara main-main. Perkahwinan yg gagal bukan hanya mengaibkan satu pihak sahaja. Seluruh ahli keluarga juga terlibat kerana takrifan perkahwinan itu bukan sahaja menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim, malah perkahwinan merupakan penyatuan dua keluarga.

Sekarang, lihatlah. Apabila kisah2 cerai terpapar di akhbar, kedua-dua belah pihak akan mendapat tempiasnya. Lebih hebat sekiranya kes2 terpencil seperti ini berlaku. Saman sini, saman sana. Sekarang siapa yg malu? Mereka dan keluarga mereka…

Moral of the story: keep all of your receipts. Maybe one day, you might go and claim something from somebody. No receipt, no refund beb!

Apakhabar beb?

Sejak minggu lepas aku ada mengikuti berita di Yahoo! News tentang perihal seorang budak lelaki, Falcon Heene, 6, yg dikhuatiri terbang bebas bersama2 belon udara buatan bapanya sendiri. Aku ikuti kronologi cerita ini. Memang mendebarkan.

Alih-alih hari ini Sherif Larimer County, Jim Alderden memberitahu media yg kisah berlaku sejak minggu lepas itu hanyalah drama semata-mata. Besar kemungkinan utk menaikkan rating rancangan ‘Wife Swap’ yang disertai oleh keluarga Heene. Pehhh!

Rupa-rupanya mereka telah lama merancang utk menggegarkan seluruh Colorado ini. Falcon sebenarnya langsung tidak menaiki belon udara berbentuk UFO itu. Menurut seorang profesor fizik di universiti tempatan di sana, adalah mustahil belon udara itu mampu ‘menerbangkan’ Falcon yg beratnya lebih kurang 37 paun.

Kesian pihak berkuasa di Larimer County. Mereka berhempas-pulas cuba mencari belon udara tersebut, dgn tujuan utk menyelamatkan si Falcon ini. Semua anggota bomba dan tentera dikerah utk mencari belon tersebut. Malangnya orang yg mereka cari itu sebenarnya bersembunyi dalam sebuah kotak di dalam garaj rumahnya!

Sebelum itu, minggu lepas semua big news agancies mcm AFP, Reuters, Fox News memaparkan aksi sedih ahli keluarga Heene ini. Abang Falcon, Brad dikatakan menyaksikan bagaimana Falcon diterbangkan oleh belon kecil itu secara tidak sengaja. Polis yg menyoal siasat Brad mendapati abang Falcon ini secara konsisten menyatakan bahawa Falcon telah terbang.

Menurut Sherif Alderden, keluarga Heene ini mungkin akan dihadapkan ke mahkamah kerana membuat laporan palsu, selain telah menyusahkan banyak pihak. Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan denda tidak kurang $500,000. Ini tidak termasuk kos bayaran dua helikopter tentera $14,500 dan kos-kos lain yg perlu mereka jelaskan kerana tindakan april fool mereka ini.

Drama keluarga Heene ini kantoi apabila Falcon secara tak sengaja tercakap, “we did this for a show.” Ooh, I think you’ve forgotten to ‘seal’ his mouth too! Haha!

Well, it is not funny to the rescue team ‘ya know. And just look at the money that you have to pay. LOADS!!

Blog Stats

  • 18,081 hits
Julai 2017
I S R K J S A
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib