You are currently browsing the category archive for the ‘Softies’ category.

Sambil2 aku membelek kamera baru beli beberapa bulan lepas, kawan sepejabat aku datang berkunjung. Beliau kagum melihatkan kamera Samsung kaler pink ini.

S** : Wah, kamera baru! Kaler pink. Aiii laiiike!

Aku: A’ah, baru tak barulah. Beli masa nak raya hari tu. Ambil gambar QQ kat Putrajaya.

S**: Berapa megapixel ni beb?

Aku: Entahlah, 12 megapixel kot?

(Kawan aku tu pun ambil kamera sambil belek2 function itu ini).

S**: Boleh zoom jauh mana?

Aku: … tak pastilah. Sampai Kuala Selangor kot?

S**: ..aah!!?? Babiiiii!! 😛

 

*Sorry, dialog di atas langsung tidak diedit! 😛

Advertisements

Aisehmen, lama gila tak update blog. Aku sampai terlupa, yg sebenarnya aku ada blog. Actually, aku ada dua blog, lagi satu lepak kat blogspot, akibat blog wordpress ini tak boleh dibuka di pejabat. Amazingly, hari ini boleh pula dibuka. Alhamdulillah. Sambil2 dengar lagu Sohaimi Meor Hassan & Anna Rafali (Kalau Berpacaran), aku cuba cari ‘mood’ menulis blog yg semakin pudar.

Baru aku sedar, sudah lebih tiga tahun maintain blog di wordpress ini… dan post aku sehingga hari ini hanya ada 197. Masih tidak mencapai sasaran 200 entri utk diraikan. Huhu! Peliknya, bila aku tengok statistic pelawat – boleh dikatakan pasti akan ada 2-3 klik ke blog bersawang ini. Siapakah orang misteri yg selalu berkunjungan itu?

Di kesempatan ini aku ingin update beberapa perkara yang langsung tidak diumumkan sejak beberapa bulan lalu. Seingat aku, last entry pasal Paul the Octopus. Sekarang pun Paul sudah kembali ke rahmatullah. Mungkin Paul sudah dapat menyasarkan jangka hayatnya semakin pendek. RIP, Paul.

Aku seboleh-bolehnya akan cuba capai target entry ke-200. Tak berapa susah sgt. Hari ini pun boleh capai target. Cuma utk mengasah kepala otak cari idea ini terpaksalah kerja keras… keras, keras!

Ohh ye, kemas! Kemas cepat! Sebelum penghujung tahun! Insya-Allah.

Wish me luck, finger crossed!

Semalam aku ke One Utama utk mencari media guide terbaru di MPH. Setelah habis membeli di MPH, ketika mahu menuruni tangga di tepi butik Coach itu, terperasan ada satu booth Clinique.

Note: Sejak beberapa bulan lepas, aku memang menggunakan skincare Clinique, perfume dan sebatang dua lipsticks (free) jenama ini. Rasa mcm serasi pula sebab produk2 yg aku cuba itu tidak memudaratkan kulit. Kepada teman2 rapat sememangnya mereka sedar yg kulit aku memang jenis ‘mahal’ — sebab asyik perlukan duit akibat eczema dan sebagainya. So far, produk Clinique tak pernah lagi memudaratkan aku.

So, seperti biasa aku cuba menyibuk2 di booth Clinique itu dan terpandangkan poster ini.

Poster

Mahu kelihatan cantik? Jom!

Aku pun tanpa berlengah lagi terus ke kaunter Clinique di pintu masuk U Parkson dan cari Christina (Counter Manager) yg sudah lama aku kenal. Hati teringin juga buat makeover setelah lebih lima tahun tidak pernah mencuba makeover. Ooh ye, makeover terakhir aku adalah bersama produk Estee Lauder di Sogo.

Berikut adalah steps utk menyertai event ini:

1. Beli apa2 produk Clinique berharga RM120 (termasuk produk kosmetik).

2. Anda akan diberi consultation tentang jenis kulit anda & produk2 Clinique yg sesuai.

3. Anda boleh memilih jenis solekan: New York (heavy sikit: smokey eyes etc), Paris (bibir & pipi jadi fokus), Tokyo (solekan kawaii) dan kemudian wajah anda akan dihias oleh makeup artist profesional.

4. Snap! Snap gambar. Berposinglah bersungguh-sungguh.

5. Photo selection & touch up. Terus dicetak dan dikepilkan dalam satu kad yg mirip seperti passport (warna pink merah).

6. Boleh berlagak — Yay~ kamu sudah di-makeover & ada passport wanita jelita! 😛

(,)

Setelah gitu-gini dgn Christina — aku pun bersiap sedia utk dicantikkan. Terima kasih kepada Winnie the makeup artist kerana bersungguh2 mencantikkan wajah aku (hehe!) dan memberikan beberapa tips itu ini. Sempat juga bertanya pelbagai soalan2 utk makeup. Selama ini aku tidak berapa sgt mengenakan makeup akibat tidak sempat. Hoho!

Akhirnya, sesi fotografi. Aku kaku. Sebab photographer itu arahkan aku begitu-begini dan aku tak selesa ditonton dek beberapa orang lelaki yg menebeng di tepi kaunter Customer Service One Club itu!

Kemudian peringkat photo selection — nasib baik ada sekeping gambar yg agak OK dan dicetak di atas gambar yg berlatar belakangkan Menara Eiffel. Waaahh, aku kini di Paris, donk!

(,)

Hah, apa tunggu lagi? Moh laaa ke One Utama (new wing) hujung minggu ini utk makeover. Aku rasa harganya berbaloi sebabnya anda hanya beli barang dan dapat makeover percuma menggunakan produk Clinique.

Sebelum terlupa… boleh redeem sample Clinique masque dan lipstick (normal size) tau. Caranya mudah saja. Hanya SMS kan: my111<space>passport2pretty ke 33365

dan kemudian kredit anda akan dipotong sebanyak RM3.50. Anda akan menerima satu pesanan SMS utk redeem dua produk yg aku katakan tadi.  Menarik, kan?

Udah, udahhh….

Ayuh deh!! Pantas! Buatkan paspor itu sekarang.

Ooh, kamu mau liat paspor gue?

Next time, next time… okay?  😛

Yippeee!!

Sekarang gue bisa joli sampai dini hari. Kok dapat sehari off?

Bagus banget — bisa simpan pasport sendiri. Jika mau lari… bila2 masa, donk.

Kamu, anak-anak… jangan kasik bulik sama bibik. Ini amaran kerrras, donk!

Esok2 bibik lari.. mana mau carik lagi?

Baik, bibik mau nonton TV di Astro sambil2 goyang kaki. Boss sama Non udah ke kantor.

Aduuuhhh, aktor kacak Indonku sudah lama menanti…

Aaahhh, kamu anak-anak… hari ini menu kamu … mee maggii…

Daaa~

QQ

Macam tak percaya, QQ sudah setahun!

Apakhabar beb?

Hari ni genaplah umur QQ setahun. Pagi ini seperti biasa, QQ bangun tidur terus bertatih nak berjalan. Aku peluk, cium QQ puas2 pagi ni. Sambil2 memberinya susu seperti pagi2 yg lain, aku katakan pada QQ —  setahun yg lalu Mamanya begitu nervous utk dimasukkan ke wad dan di-induced.

Tiba2 aku jadi sebak sambil melihat semua gambar2 QQ masih terlalu ‘baby’ yg masih ada dlm handphone aku sekarang. So, this picture tells you guys how QQ has grown up – one year!

Dikesempatan ini juga, aku ingin menjemput kawan2 sekalian utk menghadiri majlis aqiqah & sambutan birthday QQ yg akan berlangsung pada 20 Mac 2010 (Sabtu) di rumah kami di Sungai Buloh. Jemputlah datang ke majlis anak sulung kami ini nanti.

Sempena sambutan hari lahir QQ ini, aku berdoa semoga QQ akan menjadi seorang anak yg bijak, baik budi pekerti dan pandai mengurus dirinya sendiri kelak. Insya-Allah 🙂

From IKEA friends: IKEA friends Sale Preview, this Thursday 25/2 @ 7 – 9.30am. Get up to 8x points when you shop at the IKEA store on 25/2 – 28/2.

Yay! IKEA sale is back!

Pagi ini aku tidak terus pergi ke ofis. Melencong ke Ikea sekejap.Macam seorang makcik aku pernah kata, aku ni ada dua rumah. Satu di Sg. Buloh, satu lagi di Ikea. Haha!

Sampai di IKEA lebih kurang 7.40am. Aku bukan orang pertama, sebabnya parking2 di depan pintu semuanya occupied. Selalunya aku akan pilih parking depan lift, bukan dpn pintu masuk IKEA. Sebabnya nanti balik senang nak angkut barang byk2 sebab lift dekat dgn kereta. Hoho!

Dengan semangat shopping yg membara, maka aku terus melangkah. Seorang staf IKEA sedia menunggu di hadapan escalator dan tersenyum girang.

“Good morning miss, ” ucapnya ceria. Heh, tokeh kedai mana tak ceria kalau customer dah tunggu dpn kedai sebelum terbit matahari lagi!??

So, aku pusing keliling cari apa2 yg patut. Berikut adalah ringkasan laporan lawatan aku ke IKEA pagi ini:

1. Many sofa models are on sale. Especially those with “L” shaped ones. But I’m not sure whether they will put the ones that I like, on sale sepanjang sebulan ini.

2. Many dinner ware also on sale. Colourful serviette also on sale for only RM3.50. I’m pretty sure, the items are going fast.

3. Storage boxes, stationary boxes, filing boxes – on sale.

4. Many pictures frames and wall pictures are available for sale. Unfortunately, the ones that I’m aiming are still in their regular price.

5. Lampu-lampuan comel pun murah.

6. Pasu2 bunga berwarna-warni pun murah. Bolehlah buat hobi baru lepas ni – gardening. Cewah!

7. Beautiful textiles are on sale. Contohnya, one with black & white patterns will only cost you RM19.90 per meter (regular price: RM29.90/meter). Bolehlah buat langsir baru.

8. Kids department – several toys are on sale. Mesti datang! Best2 tau. But QQ has too many toys already 😦

… dan pelbagai lagi barangan menarik. Bolehlah fikir2 nak beli apa. Jom!??

Berita baik, kalau ada duit lagilah baik. Hoho!

Aku sekadar mahu berkongsi info dgn sesiapa yg berminat dgn jualan2 murah sempena hujung tahun ni. Antaranya:

1. F.O.S 10th Year Anniversary Season Stock Clearance. Tarikh: 10 -12 Disember 2009 di 20, Jln Jurunilai U1/20, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40000 Shah Alam, Selangor. FOS ini merupakan kedai yg menjual pakaian lelaki, wanita & kanak2/ baby dalam pelbagai saiz. Kalau bernasib baik, kadang2 anda akan terjumpa pakaian brand seperti GAP, DKNY dan Tommy Hilfiger. Aku ulangi, kalau bernasib baik. Tapi jgn terlalu mengharap. Anyway, aku dan Zam selalu je beli pakaian di FOS. Harga dia berbaloi dgn barang yg dibeli. Plus, saiz bukan isu besar di sini.

2. COACH One-day Clearance Sale. Tarikh: 6 Dis 2009 di Hotel Armada, Petaling Jaya. Kepada peminat handbag Coach boleh dtg berkunjung. Daripada poster yg aku dpt, diskaun 30% hingga 70% utk barang2 off season. Nasihat aku, bawa duit yg mencukupi, datang awal dan nekadkan hati utk meredah ratusan manusia lain utk mendapatkan barang2 Coach ini. Oh ya, manusia di Malaysia ni kadang2 agak ‘berbahaya’ bila bab berbelanja ni.

3. Crocs Xmas Warehouse Sale. Tarikh: 11 – 13 Dis 2009 di Splash Park, Level 5, Mines Shopping Fair Serdang. Peminat Crocs pastinya menunggu2 berita gembira ini. Why buy fake, when you can have the original? Crocs memang jarang buat jualan murah. Aku rasa, this is the perfect time for anyone wishes to have another pair of Crocs.

Aku memang tengah berasa tersangatlah annoyed dgn sales assistant (SA) di butik Anakku, Nilai ni. Mula2 masuk tadi mood aku memanglah begitu ceria sebab nak berbelanja. Niat aku nak beli sehelai baju utk QQ, sehelai girl gown utk anak jiran aku yg baru lahir dan mungkin hamper utk newborn kawan baik Zam. Malangnya SA ini terang2 membuat aku rasa meluat dan bengang.

Bila aku tanya tentang beberapa saiz baju yg aku pilih, dia boleh buat muka tension dia then slowly baru nak tercari-cari.  Lepas tu boleh dia angguk2, geleng2 kepala mcm org bisu tak boleh bersuara. Memburukkan lagi keadaan, ada beberapa item dlm butik tersebut tiada tanda harga. Maka terpaksalah aku bertanya2 harga itu ini. Dia boleh jawab dgn muka bengang! Macamlah aku akan ambil barang2 tu free2 je!?? Bikin panaslah dia ni.

Sudahnya aku cuma ambil sepasang baju utk QQ, sepasang romper putih utk siapa2 ntah (tapi saiz 9-12 mnths) dan satu set mandian baby. Lepas tu aku ternampak wrapping paper yg cute. Aku minta dia tolong ambilkan satu, dia buat muka toya lagi. Bila aku check kertas pembalut tu ada semacam kedut2 gitu – aku minta dia ambil yg lain. Dia mendengus (aku tau dia mesti bengang) dan boleh dia campakkan je kertas tadi ke tempat lain. Aku cuma tahan sabar je. Api marah aku meluap2 tengok perangai budak ni.

Nak je aku ‘bahasa’ kan dia, tiba2 je taukeh kedai muncul. Taukeh berbangsa Cina tu senyum2 kat aku dan cuba berbual2 mesra dgn aku. Maka aku pun tak jadi nak marah walaupun sebenarnya dlm hati aku panas membara. Bila aku minta resit, budak SA ni kata “komputer rosak, tak bleh print resit”. D’oh!

Eeiiii, korang ni nak meniaga ke tak? Kalau mcm ni lah gayanya melayan pelanggan, baik tutup kedai je. Lain hari tak ingin aku datang ke sana. Boleh blah!

Aku ke Amcorp Mall sekali lagi hari ni, semata-mata nak dapatkan buku2 pop-up yg menarik utk QQ. Memanglah secara logiknya QQ belum lagi pun masuk umur setahun. Tapi tak salah kalau buat early preparation, kan? Aku ni memang berwawasan. Hoho!

Namun lawatan kedua aku ke BBW agak mengecewakan. Kebanyakan buku kanak2 sudah pun sold out. Meja pameran pun kosong je. Siapa2 yg minat siri Princess Diaries macam ada harapan lagi utk dptkan tajuk2 siri berkenaan. Antara siri lain yg aku ingat, The Unfortunate Events of…, Horrible Harry, kisah2 drakula and beberapa jenis ensaiklopedia kanak2 yg tak berapa nak layan.

Aku tak jenguk pun buku adult fiction. Tapi perasan beberapa amoi yg sibuk dok kaut buku2 romance sampai tak muat kotak beliau tu. Aku juga berpeluang membeli beberapa buku ilmiah berkaitan media & komunikasi terbitan Marshall Carvendish, kebanyakannya terbitan dari Singapura.

Kepada sesiapa yg bercadang utk berkunjung ke BBW esok, rasanya tak berbaloi ke sana. Aku sempat bertanya kepada staf di sana sama ada mereka akan top up lagi buku2 baru sempena hari terakhir esok. Jawapannya negatif. Menurut beliau, apa yg ada pada hari ini pun sudah terlalu sedikit. Exactly.

Jadinya, kalau anda tidak mahu menjadi insan hampa seperti aku – tunggu sahajalah BBW akan datang. Kemudian, selalu2 alert kan diri sendiri dan kalau boleh datang pada hari pertama jualan. Cuma seperti apa yg aku laporkan semalam, bawa beg besar, duit yg banyak dan kesabaran yg tebal.

Apa2 pun, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur BBW. Sudah lama rasanya hilang perasaan puas hati dgn duit dan barang yg berbaloi ini. Kali terakhir ialah ketika aku belajar di Brisbane dulu. This is my first time, having this kind of feeling! Thank you, Mr Wolfie! Awuuuooooo!!

Sesiapa yg berminat, bolehlah berkunjung ke Big Bad Wolf Book Sale yg sedang berlangsung di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Harga2 buku berbahasa Inggeris yg ditawarkan teramatlah murah dan mampu-milik.

Ini bukan entry pengiklanan. Hasil lawatan aku pada hari pertama Khamis 26 Nov lalu memang berbaloi. Banyak juga berhabis, tapi hati puas. Pelbagai judul /jenis buku dijual. Kebetulan pada hari tersebut aku membawa dua orang sepupu perempuan yg baru pandai membaca. Kami terus ke bahagian kanak-kanak. Punyalah banyak buku, sampai tak menang tangan.

Harga2 buku yg ditawarkan kebanyakannya RM3, RM5, RM8, RM10 dan RM12.  Kebanyakan buku2 tersebut merupakan judul2 terbaru dan terbitan sekitar tahun 2005 sehingga 2008. Ada juga buku2 lain. Yang penting, pandai cari dan pilih. Ohh ya, buku2 ini kebanyakannya terbitan syarikat antarabangsa.

Aku jadi confused. Tapi berminat dgn pelbagai judul buku kanak2 yg boleh pop-up. Aku kaut semua yg termampu. Siap angkut kotak, memandangkan buku2 tersebut tersangatlah banyak! Dan agak berat. Pembelian yg menguntungkan.

Jangan lupa bawa duit secukupnya. Bawa juga shopping beg yg besar dan juga kesabaran anda ke sana. Selepas sibuk memilih buku, anda perlu beratur panjang utk urusan bayaran. Oh ya, bukan sekadar beratur 2-3 minit. Aku beratur lebih sejam! Hahaha, selamat bershopping buku beb.

Sebelum terlupa, jgn buang resit pembelian buku tersebut. Boleh claim utk income tax nanti. Book claims up to RM1,000.  Jangan berlengah lagi, tinggal tiga hari saja lagi. Marilah kita ke sana!

Blog Stats

  • 18,108 hits
November 2017
I S R K J S A
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib