Semalam aku hantar kereta untuk dicuci di Giant Kota Damansara. Selalu juga hantar ke sana, kerana sambil menunggu kereta siap — bolehlah aku shopping di Giant.

Aku memang selalu berurusan dgn dua Ah Bengs yg menjaga tempat cucian kereta itu. Tapi semalam, bukan Ah Bengs yg biasa2 aku jumpa. Semalam, seorang Ah Beng baru yg nampak mesra, tapi …?

Selalunya ketika menulis resit kereta itu, Ah Beng ini akan tanya itu ini dan cadangkan untuk kereta aku ni di-polish. Macam biasa, mereka juga akan buat tawaran hebat itu ini. Ah Beng baru ni cadangkan aku jadi member dgn bayaran RM385 selama dua tahun. Dan pelbagai faedah lain. Antaranya cucian mingguan selepas ini hanya dikenakan RM8 (normal RM10 utk Myvi).

Macam selalu-selalu, aku akan menolak pelawaan mereka ini dgn baik. Macam selalu-selalu juga, aku katakan aku tidak punya wang sebanyak itu dan aku tidak anggap cucian kereta ini sebagai “keperluan” aku. Pendek kata, aku tak lapar pun, kalau tak cuci kereta.

Namun Ah Beng baru ini semalam lain macam. Bukan macam selalu-selalu. Selepas kereta siap dicuci, ketika aku terhegeh-hegeh mengemas kembali keadaan dlm kereta aku — Ah Beng ini muncul lagi. Dia tak jemu2 mengajak aku join membership yg melampau mahal itu.

Aku tolak pelawaan itu dgn baik dan katakan lagi (statement sama) cuci kereta bukan top priority aku dan aku tidak ada wang sebanyak itu.

Entah macam mana, tiba2 dia kelihatan bengang dan sempat beri aku amaran: “Next time you datang, I terus kasi polish ini kereta hah? You sudah janji sama saya maaa, mesti buat!”

WTF?

Eh, eh.. masa bila pulak aku berjanji setia dgn dia ni?

Ni dah kira kes ugut. Aku tak rela lah jadi member dgn yuran yg mahal mcm tu. Macamlah aku ni nak kasi cuci kereta hari-hari..??

Gilalah dia ni, tak faham bahasa Melayu ke?

Ah Beng ni bekas tonto Ah Long ke, beb!??

Advertisements

Semalam aku ke One Utama utk mencari media guide terbaru di MPH. Setelah habis membeli di MPH, ketika mahu menuruni tangga di tepi butik Coach itu, terperasan ada satu booth Clinique.

Note: Sejak beberapa bulan lepas, aku memang menggunakan skincare Clinique, perfume dan sebatang dua lipsticks (free) jenama ini. Rasa mcm serasi pula sebab produk2 yg aku cuba itu tidak memudaratkan kulit. Kepada teman2 rapat sememangnya mereka sedar yg kulit aku memang jenis ‘mahal’ — sebab asyik perlukan duit akibat eczema dan sebagainya. So far, produk Clinique tak pernah lagi memudaratkan aku.

So, seperti biasa aku cuba menyibuk2 di booth Clinique itu dan terpandangkan poster ini.

Poster

Mahu kelihatan cantik? Jom!

Aku pun tanpa berlengah lagi terus ke kaunter Clinique di pintu masuk U Parkson dan cari Christina (Counter Manager) yg sudah lama aku kenal. Hati teringin juga buat makeover setelah lebih lima tahun tidak pernah mencuba makeover. Ooh ye, makeover terakhir aku adalah bersama produk Estee Lauder di Sogo.

Berikut adalah steps utk menyertai event ini:

1. Beli apa2 produk Clinique berharga RM120 (termasuk produk kosmetik).

2. Anda akan diberi consultation tentang jenis kulit anda & produk2 Clinique yg sesuai.

3. Anda boleh memilih jenis solekan: New York (heavy sikit: smokey eyes etc), Paris (bibir & pipi jadi fokus), Tokyo (solekan kawaii) dan kemudian wajah anda akan dihias oleh makeup artist profesional.

4. Snap! Snap gambar. Berposinglah bersungguh-sungguh.

5. Photo selection & touch up. Terus dicetak dan dikepilkan dalam satu kad yg mirip seperti passport (warna pink merah).

6. Boleh berlagak — Yay~ kamu sudah di-makeover & ada passport wanita jelita! 😛

(,)

Setelah gitu-gini dgn Christina — aku pun bersiap sedia utk dicantikkan. Terima kasih kepada Winnie the makeup artist kerana bersungguh2 mencantikkan wajah aku (hehe!) dan memberikan beberapa tips itu ini. Sempat juga bertanya pelbagai soalan2 utk makeup. Selama ini aku tidak berapa sgt mengenakan makeup akibat tidak sempat. Hoho!

Akhirnya, sesi fotografi. Aku kaku. Sebab photographer itu arahkan aku begitu-begini dan aku tak selesa ditonton dek beberapa orang lelaki yg menebeng di tepi kaunter Customer Service One Club itu!

Kemudian peringkat photo selection — nasib baik ada sekeping gambar yg agak OK dan dicetak di atas gambar yg berlatar belakangkan Menara Eiffel. Waaahh, aku kini di Paris, donk!

(,)

Hah, apa tunggu lagi? Moh laaa ke One Utama (new wing) hujung minggu ini utk makeover. Aku rasa harganya berbaloi sebabnya anda hanya beli barang dan dapat makeover percuma menggunakan produk Clinique.

Sebelum terlupa… boleh redeem sample Clinique masque dan lipstick (normal size) tau. Caranya mudah saja. Hanya SMS kan: my111<space>passport2pretty ke 33365

dan kemudian kredit anda akan dipotong sebanyak RM3.50. Anda akan menerima satu pesanan SMS utk redeem dua produk yg aku katakan tadi.  Menarik, kan?

Udah, udahhh….

Ayuh deh!! Pantas! Buatkan paspor itu sekarang.

Ooh, kamu mau liat paspor gue?

Next time, next time… okay?  😛

Yippeee!!

Sekarang gue bisa joli sampai dini hari. Kok dapat sehari off?

Bagus banget — bisa simpan pasport sendiri. Jika mau lari… bila2 masa, donk.

Kamu, anak-anak… jangan kasik bulik sama bibik. Ini amaran kerrras, donk!

Esok2 bibik lari.. mana mau carik lagi?

Baik, bibik mau nonton TV di Astro sambil2 goyang kaki. Boss sama Non udah ke kantor.

Aduuuhhh, aktor kacak Indonku sudah lama menanti…

Aaahhh, kamu anak-anak… hari ini menu kamu … mee maggii…

Daaa~

Kejadian ini berlaku lebih tiga tahun dahulu, sewaktu aku pulang ke Malaysia untuk cuti summer dan Emak mengajak aku ke Maybank di BBSB. Menurut Emak, seorang pakcik aku ini mahu meminjam wang sejumlah RM20,000.00 untuk tujuan perniagaan lembunya. Dan berjanji akan memulangkan semula wang tersebut dalam masa 3 hari kerana cek yg diterimanya belum dapat ditunaikan dan ada keperluan mendesak untuk menggunakan duit sebanyak itu.

Emak yg sememangnya bersimpati dgn nasib adiknya itu tanpa berfikir panjang dan yakin bahawa adiknya itu akan memulangkan wang sejumlah RM20,000.00 dalam masa terdekat terus mengeluarkan wang simpanan KWSP miliknya (baru bersara dan boleh mengeluarkan duitnya daripada akaun KWSP) untuk dipinjamkan. Kerana sudah dijanjikan bahawa wang itu akan dipulangkan semula dlm masa terdekat.

(,)

Hari ini dan tahun 2010 ini sudah hampir lebih TIGA tahun pakcik yg kononnya mahu memulangkan semula wang simpanan KWSP Emak berjumlah RM20,000.00 terus membisu.

Dua hari lalu Emak menelefon adiknya dan meminta untuk duit yg dipinjamkan itu dibayar. Jawapan yg diterima memang hampeh.

Emak: Engkau bila mahu bayar duit aku, Ali?

Zamli: Aku tengah berusaha utk bayarlah sekarang ni.

Emak: Apa je yg telah ko usaha? Setiap kali aku kol ko, ko padamkan telefon. Atau pun, ko jawab tapi tidak bersuara. Apa ko ingat aku ni bodoh ke?

Zamli: Aku tengah usaha untuk bayarlah ni.

Emak: Dah lebih tiga tahun ko beri alasan yg sama. Apa usaha ko? Langsung tak usaha utk ansur-ansur bayar. Sebab itulah perniagaan ko tak pernah maju. Tak berkat, ko gunakan duit orang yg ko hutang utk meniaga.

Zamli: (tiba2 bengang) Oh masa bisnes aku maju, semua orang suka. Kalau bisnes aku dah nak lingkup — semua orang mengata aku!

Emak: Macam mana nak maju? Engkau bukan berhutang dgn aku seorang sahaja. Engkau janji macam mana? Dari tiga hari… sampai laaa ni dah lebih tiga tahun. Mana duit aku? Ko tahu tak yg itu duit KWSP aku?? Mana otak ko Ali? Aku ni dah pencen. Aku perlukan duit. Ko lainlah masih bekerja. Setiap bulan ko dapat duit masuk.

Zamli: Aku tengah usahalah ni (jawapan tengah marah2).

Emak: Aku pelik. Sepatutnya aku yg marah ko. Bukan ko yg marahkan aku. Sebabnya yg berhutang itu ko!

Zamli:  (bengang dan terus letakkan telefon).

(,)

Tengoklah. Sekarang siapa yg kurang ajar? Masa merayu untuk pinjam duit tiga tahun lepas — mulut ko manis mcm gula. Boleh dapat diates orang yg mendengarnya.

Sekarang, apa cerita? Orang telefon untuk minta bayar hutang, boleh sahaja ko berikan jawapan berulang2 akan bayar dlm masa terdekat. Atau pun ko jawab dgn jawapan paling bodoh dlm dunia: ko masih berusaha untuk bayar?

Ironinya — ko sudah ke Tanah Suci Mekah untuk kerjakan Haji (tahun 2009).

Ko juga sudah jualkan sebidang tanah yg bernilai lebih RM40,000.00.

Ko juga ada buat pelbagai perniagaan cili dan semaian bunga..

WTF, man?? What are you thinking?

(,)

Benarlah kata Emak. Bisnes ko takkan maju. Ko gunakan duit yg langsung orang tak redha. Sampai bila2 pun ko meniaga, takkan maju. Bukan maju… langsung tak berkat!

Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Bila masa/ tahun engkau mampu melunaskan hutang ko itu.

Heyyy, ko tak malu ke?

Inikah cara busuk ko untuk mengelakkan diri dari membayar hutang?

Lenakah ko tidur malam-malam?

Sudah puaskah hati ko menganiaya orang?

KUALA LUMPUR: The people must understand police procedures and follow their instructions at all times to avoid any misunderstanding, said Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan/STAR

Selalunya orang ada bertindak di luar arahan. Arahan “Jangan lari!” ini akan membuatkan kebanyakan orang awam yg menerima arahan untuk lariii!! Manusia memang pelik.

Kenyataan akhbar yg dibuat oleh Ketua Polis Negara semalam supaya orang awam tidak cuba mengelakkan roadblock, arahan polis dan sebagainya adalah jelas. Beliau menerangkan bahawa orang awam perlu bertindak seperti diarahkan pihak polis bagi mengelakkan kejadian menembak orang awam daripada berlaku lagi.

Logiknya, sekiranya anda melarikan diri apabila diminta berhenti untuk pemeriksaan — ini bermakna anda mungkin telah melakukan kesalahan dan tidak mahu ditangkap. Namun begitu, pihak polis juga punya prosedur/ proses tertentu sebelum sewenang-wenangnya menangkap seterusnya melepaskan tembakan kepada orang awam.

Secara peribadinya, aku berpendapat bahawa tindakan pemuda berumur 26 tahun yg cuba membawa kesnya ke mahkamah atas dakwaan polis menembaknya di Shah Alam pada tahun lalu (akibat melarikan diri kerana cukai jalan kereta yg dipandu sudah tamat) adalah salah satu kes yg amat lemah dan kemungkinan besar pemuda ini membuang masa. Pihak polis ada pelbagai lagi kes yg perlu diberikan perhatian.

Mungkin selepas ini arahan yg diberikan perlu diterbalikkan seperti: “Lariii, kalau tidak kami tembak!” (ada pelbagai intonasi boleh dimainkan untuk arahan ini). Bagi yg mendengar arahan ini, sudah pasti mereka akan berfikir berkali2 sebelum melarikan diri.

Atau mungkin, “Mana mahu larii..!??” — hehe, cheers~

Kepada semua guru, cikgu, pengajar, mentor, coach (bukan handbag) dan pensyarah.

Bukan mudah untuk menjadi pengajar sebenarnya. Dan untuk menghasilkan satu ‘produk’ yg benar2 berkualiti juga sememangnya agak sukar sekiranya tidak mendapat kerjasama semua.

Pendapat peribadi aku ialah: guru of the year sepatutnya dianugerahkan kepada ‘kehidupan’. Ini kerana kebanyakan informal learning kita perolehi hasil menjalani kehidupan kita sehari-hari. Paling ‘hidup’ sekiranya kita belajar daripada kesilapan.

Cuma mahu berfalsafah: kesilapan sepatutnya menjadi guru terbaik kepada manusia. Sekali tersilap, selama-lamanya akan dikenang.

Apa kata anda?

Ini cerita dari sumber Pakcik Kodon dan Ucu aku. Perihal gores dan menang.

Suatu hari, sewaktu Ucu aku sedang menunggu keretanya dibaiki di sebuah bengkel di Subang. Tiba2 muncul dua orang lelaki muda berpakaian kemas & smart. Mereka menghampiri Ucu aku dan beria-ia meminta beliau menggores kad tersebut.

Budak 1: Bang, goreslah kad ini bang. Mungkin boleh menang hadiah.

Budak 2: Manalah tahu hari ini hari baik abang. Goreslah. Tidak perlu bayar apa2 bang.

Ucu: Takpelah, aku sibuk ni.

Budak 1: Goreslah bang. Abang takkan tak mahu menang?

Budak 2: Betul! Betul! Betul! Setiap kad mesti menang. (sambil menghulurkan kad gores).

Ucu: Aku tak mahu lah. (tapi ambil juga kad, dan perlahan2 gores)

Budak 2: Wahh! Abang menang kereta Mercedez lah! Mercedez! Mercedez!!

Budak 1: Wahhh!! Abanglah pemenang utama kami. Sebelum ni takde siapa menang Mercedez lagi, bang!!

(Dua2 monyet ini melompat2 gembira. Itu SOP mereka). Tiba2 muncul Tokeh bengkel kereta (kawan Ucu).

Tokeh: Mana? Mana kereta Mercedez?

Budak 2: Ni haaa, abang ni menang Mercedez.

Tokeh: Mana?? Mana?? (Bertanya seolah2 mahu melihat sama).

Budak 1: Belum pernah siapa2 menang kereta ni lagi.

Tokeh: Mana?? Mana? Tak nampak pun? Datanglah dekat sikit!??

(Budak 2 yg memegang kad gores tadi menghampiri Tokeh dan menunjukkan kad bergambar kereta Mercedez).

Tokeh: Naahhh, ni Mercedez ko!! (Sambil melayangkan satu pelempang sulong kuat kepada Budak 2 tadi).

…. terus monyet2 itu bertempiaran lagi. Takut yg seorang lagi pun akan makan pelempang kedua pula. HAHA!!

Perihal gores dan menang ni sudah banyak kali diperkatakan di akhbar2 Malaysia. Kebanyakan mangsa kepada sindiket ini pula wanita yg berumur 30-an ke atas. Mungkin kerana golongan wanita mudah diperdaya (cair) dgn kata2 sindiket ini.

Beberapa tahun lalu Emak aku pernah terkena dgn sindiket gores & menang. Sewaktu itu gejala ini tidak berleluasa sgt. Mulanya Emak menerima panggilan telefon drpd seseorang yg menyatakan namanya terpilih dlm cabutan bertuah. Hadiah:  sebuah mesin hampagas jenama terkenal.

Pada mulanya dia tak mengendahkan sgt panggilan itu. Tetapi beberapa hari kemudian, orang yg sama menelefon dan menyatakan bahawa Emak perlu dtg ke satu alamat di Seksyen 13, Shah Alam utk ambil hadiah yg telah dimenanginya itu.

Kebetulan pada hari tersebut hari cuti. Jadi aku & Zam setuju utk menemankan Emak ke alamat yg telah diberikan. Ketika di tempat kejadian, aku rasa sedikit pelik. Di pejabat sindiket tersebut, ada pelbagai lagi alatan elektrik (peti ais, tv, kerusi urut ala-OSIM etc). Tapi aku cuba sedapkan hati. Dodgy! Sebabnya ini bukan kedai barangan elektrik.

Seorang perempuan (lingkungan umur 20-an gitu) memaklumkan tentang mesin hampagas yg telah dimenangi (dia seolah2 sibuk melihat sistem komputernya — mungkin utk meyakinkan mangsa). Kemudian officer itu mengesyorkan supaya kami membayar RM50 utk gores satu lagi kad dan bakal menang beberapa lagi barang dlm ofis tersebut.

Emak aku pula mcm sudah ‘terpesona’. Mungkin dia fikir, tambah lagi RM50 dapat 2 barang. Mudah sahaja. Aku pula mula rasa tidak sedap hati.

Setelah membayar RM50 dan kad pun hampir2 digores, tiba2 muncul seorang lagi perempuan (entah dari mana) dan cuba2 utk melihat hadiah yg kononnya Emak bakal menang. Dia ini mulut ramah dan loghat seperti orang Sabah.

Bila kad digores, kedua-dua perempuan gemuk tadi (ooh, aku lupa maklumkan yg perempuan2 itu tadi gemuk! SERIOUS! Memang gemuk) meloncat2 mcm beruk. Dan mereka buat muka happy sgt2. Oh ya, macam  strategi sindiket yg lain — Emak menang peti ais pula kali ni.

… beruk mek yeh mana tak melompat kalau menang peti ais?? Beruk gemuk berdua tu lah, beb.

Aku tengok muka Emak semacam keliru. Mungkin dia baru terasa seperti akan ditipu. Melihatkan aksi beruk2 obes itu, sudah pastinya wujud rasa suspicious. Setelah beruk2 itu menerangkan itu ini, kena tambah lagi RM500 bla, bla, bla… Emak aku terus ajak aku balik rumah. Nampak sgt mereka ini menipu.

Minah2 gemuk tu tetap tak puas hati. Mereka seboleh-bolehnya cuba memancing Emak aku utk tambah lagi duit. Tapi Emak terus berkeras utk balik dan dengan secara baik Emak aku katakan kpd mereka… siapa pula mahu bawa duit sebanyak itu dlm wallet mereka. Surrender.

Ketika kami keluar dari ofis beruk2 tadi, terserempak dengan sepasang suami isteri (Mak Haji & Pak Haji) yg sedang mencari2 ofis beruk2 tadi. Aku terdengar yg isterinya cuba mengajak si suami naik sekali kerana kononnya mereka pula telah berjaya memenangi sebuah microwave dan mungkin dia tidak mampu mengangkat microwave itu seorang diri (amboii!!).

Aku tak sempat utk menerangkan kpd mereka betapa semua ini adalah penipuan sebabnya semua orang sudah berada dalam kereta. Finger crossed. Dalam hati aku harap2 sgt supaya pasangan ini tidak menjadi mangsa seterusnya. Dan mungkin boleh beli sendiri microwave itu di Giant yg berhampiran!

( , )

Beberapa hari lepas, di hadapan farmasi Guardian di BBSB aku terserempak dgn budak2 sindiket Gores dan Menang ini. Mereka berpakaian smart (mcm kerja eksekutif), sambil bimbit beg hitam dan kepit fail apa bagai. Daripada pemerhatian aku, beruk2 sindiket ini sedang melompat2 gembira apabila seorang makcik telah ‘menang’ sebuah kereta Toyota Vios (sebab aku dengar diorang kata: “Makcik menang Vios ni! Vios!! Vios!!)

Aku tak sempat utk berbuat apa2. Terang2 di tangan mereka itu ada kad gores. Depan mata aku sendiri, dalam jarak dua meter begitu.

Entah mcm mana, tiba2 muncul Pakcik Kodon (adik mak aku) di hadapan dgn pakaian ofis juga. Sambil2 menyapa dia, aku tunjukkan beruk2 itu sedang cuba menipu dgn aksi gores & menang.

Berdasarkan sejarah/ cerita silam (nanti aku cerita kemudian) … Pakcik Kodon terus berjalan ke arah budak2 lelaki tadi dan bertanya itu ini. Serba tak kena muka budak2 tu. Dan tak lama selepas itu mereka terus beredar.

Dari jauh aku lihat Pakcik Kodon cakap sesuatu kepada makcik tadi. Makcik tu terangguk-angguk dan kelihatan seperti lega. Mungkin dia baru disedarkan yg dia nyaris2 jadi mangsa penipuan gores & menang.

( , )

Berikut adalah tips utk mengenalpasti sindiket gores & menang:

1. Sindiket itu akan berpakaian kemas & smart (with neck tie).

2. Mereka akan tunjukkan kad yg perlu digores. Dgn kata2 rayuan dan jaminan bahawa tiada bayaran akan dikenakan. (sepatutnya anda abaikan sahaja mereka ini. Buat muka serious, berikan alasan anda in hurry).

3. Kalau anda tergores kad itu, expect hadiah2nya pastilah besar. Paling bodoh pun, microwave, peti ais etc.  Ahli sindiket ini akan melompat2 kegembiraan. Jgn terkejut, itulah Standard of Procedure (SOP) gores dan menang. Mesti lompat2 gumbira!

4. Anda sudah terperangkap. Mereka akan mengajak anda utk ke “ofis” mereka dan claim hadiah.

5. Anda sudah terang2 masuk perangkap sekiranya terus mengikut mereka. Kemungkinan anda diugut sekiranya tidak ikut atau anda dikenakan cas tertentu sebab sudah menggores kad tersebut.

6. PRAY TO GOD… Only God knows what will happen to you.

Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dgn sindiket sebegini. Mereka menipu dan mampu menjadi kaya-raya dgn taktik ini. Ironi — ramai juga yg terpedaya. Kemungkinan hampagas yg kononnya anda menangi itu hanya akan menjadi hampeh dan gas-gas adi sahaja… Melabur duit dalam ASB lagi berbaloi. Cheers~

“Jerat Sedap”

Itulah headline muka hadapan akhbar harian no. 1 di Malaysia, Harian Metro (HM) semalam. Pada mulanya aku tertanya-tanya, apa yg sedap. Sebaik sahaja selesai membaca keseluruhan cerita tersebut, aku ketawa terbahak-bahak. Kisahnya mengenai seorang lelaki bernama Mail yg pergi berurut dgn seorang perempuan tua (janda beranak dua) dan terkejut apabila hari kedua kunjungannya ke rumah perempuan urut itu ‘disajikan’ dgn urutan di luar jangkaannya.

Rentetan kisah Mail dan beberapa kisah lain yg sedang menular dalam akhbar berbahasa Melayu di Malaysia ini, maka aku terpanggil utk membuat satu kategori baru dlm blog ini. Kategori Akhbar Melayu.

Sebagai pengenalan, aku jadikan akhbar HM sebagai sample kajian tidak rasmi. Boleh dikatakan aku akan membaca akhbar ini hampir setiap hari kerana ayah aku merupakan pembaca ‘tegar’ HM sejak beliau bersara.

Aku perhatikan, muka-muka hadapan HM sejak kebelakangan ini selalu bersifat sensasi dan menggunakan beberapa perkataan yg mempunyai maksud yg lain. Apa2 pun, aku sedikit kagum dgn kreativiti editor HM utk membuat headline sensasi — kerana kebanyakan berita yg dilaporkan HM, pastinya turut dilaporkan oleh akhbar2 Melayu lain.

Namun begitu, kehebatan bermain perkataan2 sensasi di HM tidak dapat ditandingi akhbar2 berbahasa Melayu yg lain. Mungkin itulah niche HM. Pihak editorial HM, aku jangka —  memasang strategi utk melariskan akhbar mereka melalui headline sebagai ‘pelaris’.

Satu headline muka hadapan HM paling aku ingat ialah “Restoran Berahi” yg dipaparkan pada bulan Jun/ Julai 2009. Banyak pihak memberikan respons rentetan laporan akhbar tersebut. Apabila disiasat, rupa2nya dakwaan wartawan yg kononnya menyaksikan keadaan dalam restoran erotik  itu adalah palsu semata-mata. Menurut laporan akhbar Melayu lain, HM boleh didakwa atas sebab mereka-reka cerita di bawah  Section 8(A) of the Printing Presses and Publications Act (PPPA).

Oleh itu, marilah kita sama2 perhatikan mainan perkataan2 headline HM setiap hari. Aku jangka, berpuluh2 headlines menarik  akan dipaparkan dan kita boleh bincangkan kemudian. Setuju?

Ohhh MY!

My head is  going to explode! kaa-BOOM!

I can’t check ‘their’ English anymore. I think, by the end of the day — I might need some pills to ‘ease’ this pain. Note that the pains are all come from my students news reports and other five assignment reports. Aduuh, sakit kepalo den!

… and there are 96 of them! Ohhh MY!

If I were Lindsay Lohan’s bff — maybe she will offer me a free stock of Valium! Hehe, heard that she has loads of them. And that is why her “Ex-dad” was in her apartment last week with cops  to come and check. Poor LiLo!

… anyway, I feel pity to my students’ English. They really need major English checkups! Like… NOW!!

Blog Stats

  • 18,108 hits
November 2017
I S R K J S A
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib