You are currently browsing the category archive for the ‘Akhbar Melayu’ category.

SHAH ALAM: Media bebas melaporkan pelbagai berita termasuk mengkritik pentadbiran kerajaan asalkan mempunyai asas yang benar tanpa mengandungi unsur fitnah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan berita berunsur fitnah dan tidak benar hanya akan menyumbang kepada kemusnahan pemikiran dan nilai murni di kalangan masyarakat/ m-Star

Aku bersetuju 100% dgn laporan akhbar di atas. Media memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian kita. Pada hemat peribadi aku, kebanyakan keputusan atau pilihan yg kita buat dalam kehidupan kita sehari-hari adalah berdasarkan media exposure yg telah kita terima.

Sebagai contoh, sekiranya anda ke kedai/ supermarket untuk shopping mingguan — cuba fikirkan berapa banyak pilihan yg dibuat berdasarkan pendedahan diri kepada media. Media massa bukan terhad pada akhbar dan TV sahaja. Iklan radio, tv, akhbar,  majalah dan billboard antara sebab yg mempengaruhi pemilihan satu-satu produk itu. Lebih banyak anda melihat iklan, potensi utk membeli satu-satu barangan itu lebih tinggi.

Begitu juga dgn hasil pembacaan melalui akhbar dan blog2 di Internet. Lebih banyak membaca/ mendalami satu2 topik itu — kita akan cenderung utk membentuk satu pola fikir hasil pembacaan/ pendedahan kepada sesuatu media itu. Bayangkan, betapa besarnya pengaruh media kepada masyarakat.

Media pula perlu jadi telus dan benar dalam melaporkan satu2 berita. Berbalik kepada peranan media itu sendiri sebagai medium yg mampu mendidik, menyampaikan info, menghibur dan memujuk. Peranan ini perlu digunakan sebaik-baiknya demi kepentingan pembangunan masyarakat.

Namun begitu, apa yg disogokkan kepada pengguna media pada hari ini amat berbeza. Berita2 yg tidak dapat dipastikan kebenarannya semakin berlambak di pasaran. Blog2 yg tidak berapa credible juga kian menular di Internet. Kedua-duanya menjadi tatapan masyarakat.

Yang menjadi persoalannya sekarang, mampukah masyarakat membezakan antara fakta dan fiksyen (sekiranya laporan itu dibuat sekadar pendapat peribadi penulis sahaja) ini?

Bak kata pepatah tidak rasmi yg pernah aku dengar: I’M THE NEWS, I TELL THE TRUTH.

…are you sure?

Advertisements

“Jerat Sedap”

Itulah headline muka hadapan akhbar harian no. 1 di Malaysia, Harian Metro (HM) semalam. Pada mulanya aku tertanya-tanya, apa yg sedap. Sebaik sahaja selesai membaca keseluruhan cerita tersebut, aku ketawa terbahak-bahak. Kisahnya mengenai seorang lelaki bernama Mail yg pergi berurut dgn seorang perempuan tua (janda beranak dua) dan terkejut apabila hari kedua kunjungannya ke rumah perempuan urut itu ‘disajikan’ dgn urutan di luar jangkaannya.

Rentetan kisah Mail dan beberapa kisah lain yg sedang menular dalam akhbar berbahasa Melayu di Malaysia ini, maka aku terpanggil utk membuat satu kategori baru dlm blog ini. Kategori Akhbar Melayu.

Sebagai pengenalan, aku jadikan akhbar HM sebagai sample kajian tidak rasmi. Boleh dikatakan aku akan membaca akhbar ini hampir setiap hari kerana ayah aku merupakan pembaca ‘tegar’ HM sejak beliau bersara.

Aku perhatikan, muka-muka hadapan HM sejak kebelakangan ini selalu bersifat sensasi dan menggunakan beberapa perkataan yg mempunyai maksud yg lain. Apa2 pun, aku sedikit kagum dgn kreativiti editor HM utk membuat headline sensasi — kerana kebanyakan berita yg dilaporkan HM, pastinya turut dilaporkan oleh akhbar2 Melayu lain.

Namun begitu, kehebatan bermain perkataan2 sensasi di HM tidak dapat ditandingi akhbar2 berbahasa Melayu yg lain. Mungkin itulah niche HM. Pihak editorial HM, aku jangka —  memasang strategi utk melariskan akhbar mereka melalui headline sebagai ‘pelaris’.

Satu headline muka hadapan HM paling aku ingat ialah “Restoran Berahi” yg dipaparkan pada bulan Jun/ Julai 2009. Banyak pihak memberikan respons rentetan laporan akhbar tersebut. Apabila disiasat, rupa2nya dakwaan wartawan yg kononnya menyaksikan keadaan dalam restoran erotik  itu adalah palsu semata-mata. Menurut laporan akhbar Melayu lain, HM boleh didakwa atas sebab mereka-reka cerita di bawah  Section 8(A) of the Printing Presses and Publications Act (PPPA).

Oleh itu, marilah kita sama2 perhatikan mainan perkataan2 headline HM setiap hari. Aku jangka, berpuluh2 headlines menarik  akan dipaparkan dan kita boleh bincangkan kemudian. Setuju?

Blog Stats

  • 18,108 hits
November 2017
I S R K J S A
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib