SHAH ALAM: Media bebas melaporkan pelbagai berita termasuk mengkritik pentadbiran kerajaan asalkan mempunyai asas yang benar tanpa mengandungi unsur fitnah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan berita berunsur fitnah dan tidak benar hanya akan menyumbang kepada kemusnahan pemikiran dan nilai murni di kalangan masyarakat/ m-Star

Aku bersetuju 100% dgn laporan akhbar di atas. Media memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian kita. Pada hemat peribadi aku, kebanyakan keputusan atau pilihan yg kita buat dalam kehidupan kita sehari-hari adalah berdasarkan media exposure yg telah kita terima.

Sebagai contoh, sekiranya anda ke kedai/ supermarket untuk shopping mingguan — cuba fikirkan berapa banyak pilihan yg dibuat berdasarkan pendedahan diri kepada media. Media massa bukan terhad pada akhbar dan TV sahaja. Iklan radio, tv, akhbar,  majalah dan billboard antara sebab yg mempengaruhi pemilihan satu-satu produk itu. Lebih banyak anda melihat iklan, potensi utk membeli satu-satu barangan itu lebih tinggi.

Begitu juga dgn hasil pembacaan melalui akhbar dan blog2 di Internet. Lebih banyak membaca/ mendalami satu2 topik itu — kita akan cenderung utk membentuk satu pola fikir hasil pembacaan/ pendedahan kepada sesuatu media itu. Bayangkan, betapa besarnya pengaruh media kepada masyarakat.

Media pula perlu jadi telus dan benar dalam melaporkan satu2 berita. Berbalik kepada peranan media itu sendiri sebagai medium yg mampu mendidik, menyampaikan info, menghibur dan memujuk. Peranan ini perlu digunakan sebaik-baiknya demi kepentingan pembangunan masyarakat.

Namun begitu, apa yg disogokkan kepada pengguna media pada hari ini amat berbeza. Berita2 yg tidak dapat dipastikan kebenarannya semakin berlambak di pasaran. Blog2 yg tidak berapa credible juga kian menular di Internet. Kedua-duanya menjadi tatapan masyarakat.

Yang menjadi persoalannya sekarang, mampukah masyarakat membezakan antara fakta dan fiksyen (sekiranya laporan itu dibuat sekadar pendapat peribadi penulis sahaja) ini?

Bak kata pepatah tidak rasmi yg pernah aku dengar: I’M THE NEWS, I TELL THE TRUTH.

…are you sure?

Advertisements