Kamu akan mati di tali gantung. Satu kecelakaan bagi keluarga kamu kerana itulah sahaja hukuman bagi sesiapa yang mengedar dadah di Malaysia/ Penjara Pudu.

…memetik kata-kata amaran yg terpapar di salah sebuah dinding kebal Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Selepas tengah malam hari ini, dinding kebal penjara tersebut akan lenyap dan akan digantikan dgn projek serba moden di sebalik hiruk-pikuk kotaraya. Penjara ini terletak di tengah-tengah Jalan Hang Tuah yg popular di radio — setiap kali laporan kesesakan jalanraya dimaklumkan.

Aku pernah menonton program Majalah 3 beberapa tahun lalu tentang Penjara Pudu. Kehebatan, kekuatan, kekebalan dan misteri di sebalik penjara batu ini.

Tahun ini menyaksikan satu lagi kisah sedih di sebalik ‘kehebatan’ penjara yg pernah mencatat rekod mural terpanjang di dunia (384-meter) dan menjadi antara ikon menarik di Kuala Lumpur.

Aku pernah beberapa kali menggunakan Jalan Hang Tuah dan menyaksikan mural yg dimaksudkan. Kata-kata yg dicatatkan di dinding penjara itu memang memberikan maksud mendalam kepada sesiapa yg lalu-lalang. Terdapat beberapa lagi lakaran lukisan yg diusahakan oleh beberapa bekas inmates di penjara tersebut. Sedih sekali, selepas ini mural2 tersebut hanya boleh disaksikan dalam gambar sahaja. Pembangunan moden dan canggih yg diutamakan.

Namun begitu, ada beberapa pihak yg menyangkal kewajaran pemusnahan penjara bersejarah tersebut. Menurut mereka, bangunan tersebut perlu dikekalkan dan ditinggalkan sebagai bukti sejarah kepada generasi akan datang.

Walaupun pelbagai aktiviti dirancang utk “memeriahkan” Penjara Pudu sejak beberapa tahun lalu, namun sambutan pengunjung yang hambar memaksa pihak pengurusan hartanah di kawasan segi tiga emas itu merobohkan bangunan ini dan menggantikannya dgn projek lain.

Kepala otak aku berkira-kira tentang projek baru tersebut. Tapak penjara itu akan digantikan dgn projek apa, agaknya? Theme park mungkin? 🙂

Berdasarkan cerita2 sebelum ini (perihal Penjara Pudu), mungkin pihak pengurusan theme park (sekiranya mereka merancang utk membangunkan taman tema di sana) tidak begitu memerlukan ‘casting’ utk aktiviti rumah hantu mereka. Dengar2nya, ada beberapa talent yg sememangnya sudah lama wujud di sana. Ke mana mereka selepas ini? Spoooky!

Advertisements