Bapa terbaik untuk QQ

Lelaki dalam gambar ini, merupakan kekasih terbaik untuk diri aku. Dialah bestfriend aku yg terbaik sekali. Dia juga soulmate aku yg paling istimewa. Dia memang faham dgn emosi dan perubahan ‘sekali-sekala’ dalam diri aku. Dialah ‘telinga’ yg selalu sudi mendengar keluhan hati. Dia juga penasihat terbaik tatkala aku patah hati. Dia juga pembakar semangat apabila semangatku mulai pudar. Dia juga tempat aku mengadu dan bermanja.

Lelaki dalam gambar ini juga merupakan bapa terbaik untuk QQ. Lelaki dalam gambar ini  yg sanggup menemani aku ketika aku sedang ‘berjuang’ utk melahirkan QQ lebih setahun lalu. Dialah yg akan menggomol-gomol QQ sehingga menangis setiap hari. Dia jugalah yg akan menemankan QQ di malam hari apabila QQ tiba2 mahu menonton TV. Dia juga yg akan mendodoikan QQ apabila aku sudah lena dibuai mimpi. Dia amat memahami serba-serbi.

Kepada Papa QQ, Selamat Hari Bapa. Keep your love pouring in. We need it growing, more and more.

Lots of love from me and ‘Lil QQ. XXX

Advertisements