Kalau anda selalu baca blog sepi ini, sudah pastinya anda tahu bahawa penulis blog ini sudah diarahkan berpindah bilik ke sebuah bilik lain sejak beberapa bulan yg lalu. Namun, sehingga kini penulis blog ini gagal berpindah ke bilik sepatutnya akibat kedegilan pemilik bilik tersebut untuk memunggah barang2 milik beliau.
*
… itu adalah beberapa ayat yg aku rasa perlu disuarakan kepada Dekan, tatkala aku menerima Memo arahan berpindah bilik. Menurut mereka, selagi aku tidak berpindah… sedikit sebanyak hal ini mengganggu kelancaran penempatan di fakulti. Ooh, ye ke?
Untuk makluman, aku memang sudah LAMA bercadang untuk pindah. Sejak awal Mei lalu. Siap ajak sedara-mara datang tolong kemaskan barang2 dlm bilik aku ini. Tapi selepas dua minggu membungkus barang2 dalam kotak yg diambil secara percuma di Ikea (iklan: ikea boleh bagi kotak terpakai secara percuma), aku terpaksa memunggah semula barang2 aku itu kerana owner bilik tersebut gagal mengemas dan memastikan keharmonian bilik tersebut sehingga ke hari ini. Maka itulah sebabnya mengapa aku masih lagi di dalam bilik sekarang.
Aku harap penjelasan ini mampu meyakinkan pihak Dekan supaya memahami situasi aku sekarang.
Ko nak suruh aku angkat barang2 tu ke, nookkk?
Banyak tu, nok! Apa ko dah hilang akal? Dulu, waktu aku packing2 macam nak lari rumah tu, tiada siapa pun kisah? Sekarang suruh pula aku keluar? Alahaiii!
Cubalah buat satu keputusan dan arahan yg konsisten. Kalau arahan seasonal ni… memang tak akan ke mana. Dowh~

Tinggalkan komen
Sumber komen-komen untuk artikel ini