Sambil2 mengemas ofis aku yg selekeh lagi berselerak ini, aku terjumpa beberapa item yang pernah masuk dlm list kemaruk aku sepanjang tahun 2010 ini.

Antaranya:

1. Barang2 kecil dari kedai serbaneka Jepun, Daiso (The Curve) seperti pen pelbagai warna, ribbon pelbagai warna (mostly red & pink), klip kertas pelbagai corak, kertas origami, buku2 catatan kecil dan sebagainya yg telah aku beli pd awal tahun ini. Untuk makluman, semua barang2 di Daiso dijual pada harga RM5/item. Murah dan kawaii!

2. Japanese emook (majalah2 dari Jepun beli di Kinokuniya) yg mahal. Sebab aku beli emook ini ialah kerana setiap majalah ini akan dibekalkan dgn satu hadiah barangan berjenama. Antara  hadiah emook yg aku terima  ialah Cath Kidston shopping bag, multipurpose wallet Le Sportsac (polka dot & dazzling black), Marc Jacobs multipurpose case (red & black) danTsumori Chisato shopping bag.

3. Buku2 terbitan PTS berlambak atas rak dan kebanyakannya masih belum selesai dibaca.

4. Cokelat Rocky perisa cokelat & strawberry berkotak2 belum dimakan (baru makan sekotak).

5. Beg2 non-woven hasil shopping yg hebat tersimpan bergebuk di bawah meja.

6. Body and hand lotion dari Loccitane dan the Body Shop. Ada sudah luak separuh, ada yg masih tidak dibuka.

7. Lip gloss & balm dari Clinique (3 warna berbeza).

8. Frame gambar masih dlm plastik Ikea belum dibuka.

Kalau ada sesiapa berminat, contact aku segera. Ada beberapa item ini aku akan jual pada harga sgt murah. Dan ada juga item yg akan aku berikan percuma sahaja. Cepat!