Aku dulu ada dua orang stalker. Seorang namanya Ezally dan seorang lagi Fairul. Mereka ni stalked aku sejak aku di tingkatan 1 lagi. Ezally masa tu baru tingkatan 2 dan Fairul belajar di kelas Peralihan.

Aku sama2 sekolah rendah dengan Ezally. Kalau aku jumpa dia di koridor, atau mana2 tempat mesti dia akan buat flying kiss gitu. Boleh tahan gatal. Satu ketika, dia tgh syok flying kiss-kan aku – cikgu disiplin (nama dia Cikgu Yusof a.k.a Cikgu Zaibo) pun lalu. Terus dilibasnya Ezally dgn pembaris panjang! Ouchh, kesian dia.

Fairul dari kelas Peralihan pula akan datang pagi2 subuh sapi’e  ke kelas aku semata2 nak bersembang. Dia belajar di sekolah Jenis Cina. Cakap Mandarin mcm minum air gitu. Dah tu sibuk mengajar aku perkataan2 tak senonoh dlm Mandarin. Aku pula – cepat sahaja belajar. Memang guru yg baik.

Fairul ni akan mengekor aku ke mana sahaja aku pergi. Lebih2 lagi bila waktu rehat. Bosan gila. Aku rasa dia ni kesunyian. Kalau bersembang dgnnya mesti buka cerita yg dia ni lonely, mak bapak jarang ada di rumah. Banyak kali minta nombor telefon rumah, tapi aku akan bagi nombor yg salah. Kadang2 aku rasa dia mcm buat2 cerita sedih utk dptkan simpati orang lain.

Sekarang aku tak pasti ke mana stalker berdua ini. Ezally tinggalkan SMKBBSB utk ke Sekolah Teknik. Gone cases. Awal tahun ini aku terserempak Fairul di Shell Kelana Jaya. Dia masih cute mcm dulu. Tapi mungkin dia tak perasan aku. Maklumlah, mak dah gemuk nok!! Hohoho!!

Aku pernah minat pada seorang pelajar senior tingkatan 5 ketika aku masih lagi di tingkatan 1. Cerita ini bolehlah dikategorikan sebagai kisah cinta monyet syok sendiri. Hoho, gelak dulu!

Pada mulanya aku langsung tak menyedari kewujudan brother ni sehinggalah satu ketika sekolah kami mengadakan pameran sains yg perlu disertai oleh semua pelajar. Aku masih ingat, ketika itu aku ditugaskan utk membuat model suasana kampung selepas letusan gunung berapi. Kacang je! Aku tabur pasir atas tray dan letakkan arang dan debu2 lain lagi. Plus, kayu2 dan model rumah yg rosak akibat lava.

Ketika di pameran sains inilah aku berkenalan dgn brother ni. Aku tak ingat nama dia, kecuali namanya bermula dgn huruf  ‘F’. Dia suka je datang kacau2 di bilik pameran kami. Mungkin sebab hormon estrogen aku byk waktu itu, aku pun sendiri2 rasa suka pd brother ni. Pelik!

Nak dijadikan cerita, setiap pagi aku akan bertembung dgn brother ni di hadapan taman dekat dgn sekolah kami. Waktu tu aku berbasikal. Macam berjanji pula, hampir setiap hari kami bertembung. Lama kelamaan kemesraan tu pun muncul. Cewaah!

Sampai aku diketawakan oleh geng2 basikal yg lain. Diorang kata aku jiwang… piiirah! Dlm diam aku pasang angan2 nak kenal brother ni dgn lebih mendalam. Tapi aku pengecut, tak berani nak bersuara. Perempuan beb, takkanlah aku nak approach dulu. So aku pendamkan perasaan.

Selepas lebih sebulan sama2 balik berbasikal, tiba2 satu hari aku dpt tahu drp kawan baik brother ni yg brother F sebenarnya berminat nak jadikan seorang classmate aku sebagai ‘adik angkat’-nya. Perlu diperjelaskan di sini, istilah adik angkat ini samalah seperti angkat jadi makwe. Wowowowo, gatal!

Aku kecil hati. Selama ini aku ingat brother F sukakan aku. Padan muka! Yelah, hari2 balik sama tapi rupa2nya pasang radar nak selidik pasal orang lain pulak. Chehh, buang masa. Aku kutuk diri sendiri. Cermin muka hari2, memang aku tak layak. Classmate aku tu 10x lebih cun rasanya.

Kesudahannya aku mengundurkan diri. Aku tak lagi tunggu brother F waktu pagi. Sampai satu ketika, dia terkial-kial kejar aku sebab aku kayuh basikal laju2 setiap kali dia cuba nak bercakap dgn aku. Lepas tu dia pun give up.

Beberapa bulan lepas tu aku dengar cerita brother F direject oleh classmate aku sendiri. Kesian dia. Dia ada cuba2 nak bercakap dgn aku, tapi aku buat pekak dan jadi orang bisu. Marah banget!

Lebih kurang 3-4 tahun lepas, aku terserempak dgn brother F dlm satu majlis kahwin di BBSB. Aku masih boleh cam muka dia. Langsung tak segak seperti zaman sekolah dulu2. Berjambang mcm anggota Taliban. Reject.

Aku teringat seorang cikgu Matematik ketika di tingkatan dua. Sesi persekolahan waktu itu di sebelah petang. Subjek Matematik diletakkan pada awal2 waktu. Bayangkan, tengahari dan tengah panas – memang tak efficient utk belajar subjek berat2 sebegitu.

Aku masih ingat, waktu itu kami baru diperkenalkan dgn angka2 negatif dan cara2 penyelesaian masalah dgn angka2 negatif tersebut. Honestly, aku memanglah bengap subjek Matematik sejak azali lagi. Aku kira, angka2 negatif ini memang menyusahkan. Lebih tragik, penyelesaian masalah dlm bentuk pecahan. Memang tutup buku.

Kisahnya, cikgu Matematik perempuan ini punya suara yg tersangatlah perlahan. Walaupun aku duduk dua barisan di hadapan, memang susah nak mendengar butir bicaranya dgn jelas. Ooh ya, cikgu ini bertudung bulat dan selalu berjubah. Jarang nampak beliau memakai baju kurung.

Kawan2 sekelas aku selalu sahaja komplen dlm diam tentang betapa slow-nya cikgu ni. Suaranya perlahan, pergerakannnya juga perlahan. Kalau beliau menanda buku homework, memang kena sabarkan jiwa raga. Pendek kata, serba-serbinya perlahan!

Budak2 sekelas asyik sungguh mengutuk itu ini. Ooh, aku pun apa kurangnya. Even ada seorang classmate aku yg paling suci drp 45 org pelajar dlm kelas tu,  namanya Hazanita (betul ke ni, Nia?) pun boleh komplen mcm2 tentang guru seorang ni. Bayangkanlah!

Kami mengutuk siang malam. Sebab itulah ilmu tak berkat. Tamat je jadual Matematik, semua ilmu yg belajar tadi pun hilang! Padan muka.

Tiba2 di pertengahan semester cikgu Matematik tadi tidak lagi masuk ke kelas. Mula2 kami happy. Bila dah 2-3 hari tak masuk, kami menggelabah. Al-maklumlah, exam mid semester pun nak dekat.

Seminggu kemudian barulah kami dpt berita. Rupa2nya cikgu Matematik tadi cuti bersalin. Masya-Allah, memang selama ini kami langsung tak perasan keadaan cikgu tersebut. Sebabnya hari2 dia menyarung jubah. Bentuk badannya langsung tidak menunjukkan tanda2 orang mengandung!

Berdosalah kami ketika itu. Dah lah banyak komplen, kutukan2 tak membina berbakul2 pula. Bila cikgu tadi bekerja semula selepas cuti, kami ramai2 dtg minta maaf. Mungkin sebab rasa bersalah yg teramat sangat. Dia macam hairan.

Semoga maaf kami itu diterima. Memang ilmu tak berkat, kalau hati kita tak redha. Moral cerita ini, jangan pandai komplen. Cuba selidik dulu sebelum bertindak. Renung-renungkan…

Kali ini cerita tentang sekolah menengah pula. Aku dulu hanya bersekolah di sekolah harian biasa. Bukan sekolah gempak2 tajaan MARA atau sekolah berasrama penuh. Jadinya, bolehlah dibayangkan bagaimana keadaan di sekolah biasa ini dgn pendapat umum bahawa pelajar2nya dikategorikan sebagai ‘average’ sahaja.

Aku bangga dgn sekolah tersebut. Walaupun kalau diselidik lebih mendalam, banyak cacat celanya sekolah biasa ni. Umum berpendapat, sekolah harian biasa (lagi2 sekolah campur jantina) banyak masalah tingkahlaku, pergaulan sosial, etc. Tapi kalau dikaji2 pelajar2 sekolah berasrama penuh pun tidak kurang hebatnya. Ooh, aku rasa mereka lagi hebat!

Pengetua sekolah yg paling aku ingat sehingga hari ini ialah pengetua perempuan seorang ini. Tersangatlah garang. Mukanya cengih, jarang senyum. Ucapan2 pagi Isninnya semuanya berapi-api. Pedih juga telinga. Kalau nyanyian Negaraku tidak capai standardnya, disuruhnya kami ulang… Perghhh, mungkin beliau patut dicadangkan utk jadi juri di program realiti Akademi Fantasia musim baru nanti.

Aku tidak berapa nak ingat nama pengetua tersebut. Mungkin Munira, sahabat senakal aku masa dulu ingat. Sebabnya, apa yg ingin aku ceritakan kali ini tentang perihal satu hari yg agak malang apabila kami berdua (aku & Munira) ditangkap di dalam tandas guru perempuan! D’oh!!

Dlm kes ini, aku nak menyalahkan pihak pengurusan sekolah kerana menyediakan tandas yg tidak cukup dan tidak bersih. Faham2 sahajalah, tandas pelajar perempuan. Ya ampunn, memang mcm masuk neraka jahanam. Bau busuk, najis di lokasi2 tidak sepatutnya, tuala wanita bersepah2,  cermin pecah sana sini, pintu tandas yg tidak boleh dikunci dari dalam – endless! Pendek kata, anda akan berfikir berkali2 sebelum membuat sebarang urusan di tandas!

Disebabkan keadaan tandas yg sgt uzur, maka aku & Munira memberanikan diri masuk ke tandas guru perempuan. Aku kira Munira memang sgt2 memerlukan tandas yg bersih utk urusan besarnya pada hari tu. Aku pun menemankan dia ke sana walaupun urusan aku kecil-kecilan sahaja. Hoho!

Mcm biasa, urusan aku sekejap cuma. Munira masih di dalam. Aku keluar dulu. Sambil2 memerhatikan keadaan selamat utk urusan kami itu, tidak semena-mena puan pengetua (aku rasa nama dia Kamsiah something lah) pun muncul.

Dia berhenti betul2 di hadapan aku. Aku pula berdiri betul2 di hadapan pintu masuk tandas. Dia pandang aku mcm nak ditelan dan tanya soalan maut: “Apa awak buat di sini? Bukan sekarang semua orang ada kelas? Awak form berapa? Bla? bla? bla? bla….??”

Senak perut aku. Soalan dia bertubi2. Belum sempat aku menjawab soalan pertama, soalan demi soalan lain dia lontarkan. Mungkin muka aku nampak cuak. Mana tak cuak, Munira masih di dalam. Mestilah tak selamat! Aku cuba melambatkan masa (bagi peluang Munira selesaikan urusannya dulu).

Malangnya, dlm aku pura2 bodoh di hadapan Puan Kamsiah tu – Munira pula keluar! Kantoiii!! Arghhh, kisah seterusnya… hanya Tuhan yg tahu. Kami dileter… bla, bla, bla… Dalam hati aku: “Dia ni nak pi kencing ke, nak kasi leter orang??”

Hampeh!

Walaupun kami telah ‘terkena’, tapi tak pernah serik. Orang normal takkan masuk tandas pelajar perempuan tu. Baik berurusan di sungai sahaja. Hohoho!!

Ini pula kisah aku menjumpai sebuah buku nota milik guru bahasa Inggeris yg baru graduated dari US ini. Kebetulan ketika kelas tambahan bahasa Inggeris tamat, dia tertinggal buku tersebut di atas meja aku. Dengan perasaan curious  (plus jiwa yg sgtlah innocent), aku buka buku tersebut dan cuba baca isi kandungannya. Niat aku baik, utk mencari pemilik buku tersebut.

Semua tulisan dlm buku tersebut berbahasa Inggeris dan ditulis menggunakan pen merah. Sedang aku asyik membelek2 buku tersebut, tiba2 guru bahasa Inggeris itu datang semula ke kelas dan mencari2 bukunya yg tertinggal. Waktu itu aku sudah pun habis membaca hampir separuh drpd kandungan buku tersebut. Dia terkejut besar. Dalam keadaan cuba mengawal emosinya, dia capai buku itu dan terus berlalu.

Anyway, dia lupa yg bukan semua students kampungnya itu buta huruf. Walaupun bahasa Inggeris aku tidaklah sehebat Oscar Wilde, namun aku tetap memahami biji butir isi buku tersebut. Rupa2nya buku itu semacam diari dia dan girlfriendnya. Pelbagai ulasan2 dewasa yg ditulis, namun agak sukar utk aku perjelaskan ketika itu.

Minggu seterusnya guru terbabit memanggil aku selepas tamat kelas. Dia bertanya sama ada aku memahami segala apa yg ditulis dlm buku tersebut. Macam biasa, aku memang akan buat2 bodoh utk menyelamatkan diri dan memberitahu bahawa aku boleh baca, tapi tidak boleh faham. Dia seakan lega. Sekejap.

Tapi slowly, aku memang faham. You don’t have to teach a child about emotions. We’re all human. We’re all human beings. Huhu!!

Kisah ini mengenai seorang ustaz sewaktu aku di sekolah rendah dulu yg semacam ada perasaan anti pada aku.  Setiap kali terserempak dgnnya di koridor sekolah, dia pasti akan berhenti sebentar dan memerhatikan aku.

Lebih memburukkan keadaan, guru kelas aku pula -  setiap pagi akan menyarungkan tali lehernya pada aku (yg pelbagai warna, bukan tali leher standard utk budak pengawas sekolah) dan ini kadang2 menjadi sebab ustaz tersebut menahan aku dan meminta aku membuka semula tali leher tersebut. Alasannya, tali leher aku tidak ikut standard!

Aku juga pernah beberapa kali ‘dikaunseling’ ustaz tersebut. Mujurlah, sememangnya dari dulu aku ‘pakar’ dlm bab mengosongkan fikiran dan bijak memberikan reaksi seperti aku benar2 memahami apa yg cuba ustaz itu kaunsel kan. Haha!

Honestly, aku tak pernah ambil pusing apa yg cuba ustaz ini tarbiahkan. Aku juga perasan yg aku sahaja yg akan menjadi sasaran kritikannya. Mungkin juga dia cemburu dgn jawatan aku sebagai Penolong Ketua Pengawas ketika itu? Hanya ustaz itu sahaja yg tahu…

Ketika di bangku sekolah rendah dulu, ada seorang guru lelaki ini yg gemar menepuk dahi aku. Kadang2 pening juga akibat tersentak. Bayangkan, meja aku yg begitu hampir dgn pintu memang memberi peluang kpd guru tersebut untuk menepuk dahi aku sekiranya ada peluang.

Kadang2 tengah fokus kpd pengajaran guru di hadapan, tak semena-mena guru terbabit datang dari belakang dan menepuk dahi aku ni. Sakit juga, bertambah ’sakit’ bila digelak-ketawakan dek rakan2 sekelas. Lama-kelamaan, dahi aku ini semakin ‘lali’ dan kalau tersentak akibat gangguan guru tersebut, aku hanya mendiamkan diri. Dalam hati – hanya Tuhan yg tahu. Mungkin dia menganggap tindakannya itu lucu!? Macam biasa, aku cuba melupakan kejadian tersebut. Apa je yg boleh aku buat? Dia tu kan cikgu? Aku ni pula anak murid je…

Mungkin juga guru tersebut cemburu melihat dahi aku yg jendol ni?  Atau mungkin dia pantang melihat gadis berdahi licin? Hoho!!

Aku terpanggil utk mengulas tentang cerita zaman sekolah yg dipaparkan dlm blog Aiman. Perihal bagaimana dia pernah merasa pelempang tanpa mengetahui apa salahnya diperlakukan sebegitu ketika sekolah rendah dulu. Rasanya setiap individu ada memori tertentu sewaktu di zaman sekolah dulu.

Aku juga nyaris2 dilempang sewaktu usia aku hampir sebaya dgnnya. Aku juga tidak mengetahui kesalahan aku sehingga pelempang menjadi penyelesaiannya. Nasib aku agak baik kerana ada sedikit bijak di situ – cuba mengelak drp dilempang guru terbabit. Walau bagaimanapun, aku tetap dirotan dengan pembaris kuning yg panjangnya semeter. Sakit bukan kepalang, belum lagi bab malu dilibas di hadapan kawan2 sekelas.

Bila difikir-fikirkan kembali, kenangan dirotan itu memang akan terus segar dlm ingatan. Sewaktu menonton History Channel Ahad lepas mengenai Tun Dr Mahathir, beliau juga ada menceritakan betapa takut & gerunnya kpd seorang guru, Cikgu Hassan. Menurut beliau, kalau Cikgu Hassan menyemak kerja sekolah murid2 nya, seorang demi seorang dipanggil ke hadapan sambil menyaksikan guru tersebut menanda kesalahan mereka dan dlm masa yg sama mereka juga akan menerima hukuman akibat kesalahan yg dibuat. Antara hukuman2 tersebut ialah dicubit, dirotan atau dijerkah mungkin? …sampai terkucil dlm seluar?

 

Apakhabar beb?

Memanglah sepatutnya waktu2 sebegini (hujung tahun) diisytihar sebagai bulan2 paling sibuk di dunia. Sebabnya tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi, masih banyak perkara dan hal2 kerja yg belum diselesaikan. Dalam minggu ini dan minggu depan, ada beberapa perkara besar perlukan perhatian & penyelesaian. Semak skrip jawapan students dan masukkan markah dlm sistem Al-aliyah.

Selalunya juga hujung2 tahun begini keadaan akan bertambah stress apabila Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yg dibuat awal2 tahun dahulu belum tersasar. Huhu!!

Kepada diri sendiri dan kawan2 lain yg mungkin mengejar KPI dan SKT – selamat berjuang diucapkan. Chaiyok!!

Apakhabar beb?

Hari ni QQ genap lapan bulan. Tak sempat ambil gambar. Tapi QQ dah pandai berdiri di tepi2 katil/ kerusi. Walaupun kadang2 kepala lutut dia mcm menggigil-gigil begitu. Dia juga banyak merangkak, daripada meniarap.

Malam kelmarin memang menguji kesabaran. Tepat jam 3 pagi, QQ bangun dan terus tidak tidur sehingga ke azan subuh. Dia sibuk memanjat-manjat bantal dan badan mamanya. Aku memang tak larat nak layan. Aku biarkan dia bermain seorang.

Dalam mamai-mamai mengantuk itu, aku dengar QQ ketawa seorang2 dan kadang2 seperti bercakap2 bahasa baby yg dia sendiri sahaja faham. Bila bangun utk bersiap ke ofis, baru aku teringat kembali yg QQ sebenarnya memang tak pernah ketawa seorang diri, melainkan kalau diagah-agah atau ada yg buat kelakar. Terus meremang bulu roma aku.

Bila aku ceritakan pengalaman itu kepada kawan2 ofis, mereka kata biarkanlah. QQ tak menangis, sebaliknya dia ketawa. Maknanya dia happy dengan “siapa2″ yg datang buat kelakar di malam hari tu!

QQ juga petah berbahasa baby,  kadang2 lucu juga bunyinya. Dia kerap bercakap2 kalau dibiarkan bermain sendiri. Kadang2 pula QQ menggesel2 gusinya pada teether yg aku belikan. Kadang2 yang lain,  dia juga menggesel2kan gusinya pada besi penghadang katil. Bukan itu sahaja, QQ dah pandai pula menjerit2 (sekuat-kuat hatinya) sekiranya dia menyedari ditinggalkan seorang diri di dalam playpen.

Ooh ya, kadang2 aku rasa QQ ni sengaja mahu membuli nenek dan mamanya dengan menjerit2 atau menangis sekuat-kuat hatinya tu. Apalagi, mestilah minta perhatian. Manja sangat QQ ni.

Hari ni genap lapan bulan. Janganlah teruskan tabiat menangis kuat2 tu. Terus jadi tak hensem sayang mama ni, tahu!?